Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Proxes CR1 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
20/11/2020
in BULETIN, UTAMA

Rakyat Malaysia yang sedang mencari produk tayar yang terbaik untuk kenderaan mereka pasti akan teruja dengan berita pelancaran rasmi tayar baharu oleh Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd. Toyo Proxes CR1 dilancarkan secara rasmi pada Khamis, 19 November 2020 dan ianya merupakan tayar yang direka khusus untuk segmen kereta penumpang dan SUV di Malaysia. Model Proxes CR1 ini mempunyai empat manfaat yang berbeza, iaitu Senyap, Selamat, Selesa dan Gred Tinggi.

Senyap – Penggunaan bahan penyerap bunyi di dalam tayar mampu untuk mengurangkan kadar kebisingan di jalan raya dan mampu untuk meningkatkan keseronokan pemanduan. Corak bunga tayar yang menampilkan ciri Out-In Different pitch arrangement, ditambah dengan lapisan perlindungan kebisingan mampu mengurangkan kadar pelepasan tenaga bunyi yang terhasil di setiap bahagian.

Selamat – Tayar Proxes CR1 menawarkan prestasi yang unggul ketika berada di jalan basah dan kering. Di atas permukaan yang basah, Proxes CR1 berfungsi dengan lebih baik. Terima kasih kepada corak saliran yang terdiri daripada empat jalur lebar utama, yang membantu pembuangan air dengan cepat dari kawasan sentuhan.

Ciri triple taper & rib membantu menambah baik ketahanan terhadap kehausan bunga dan meningkatkan prestasi dalam keadaan kering. Manakala ciri multi-wave sipe pula membantu menghalang kadar kehausan yang tidak sekata pada sisi tayar. Jointless cap ply pula menambah baik prestasi pemanduan pada halaju tinggi.

Selesa – Proxes CR1 direka untuk menawarkan pemanduan yang lebih lancar dan menyenangkan dengan penggunaaan teknologi canggih hak milik Toyo – T-Mode dan Nano Balance.

Gred Tinggi – Dari segi prestasi secara keseluruhan, Proxes CR1 mampu mengurangkan sehingga 11 peratus kadar bunyi, dan 2 peratus pengurangan kesan aquaplaning, sekaligus meningkatkan prestasi di atas permukaan basah jika dibandingkan dengan model terdahulu, Nano Energy 3. Selain daripada itu, Proxes CR1 turut mempunyai kadar rintangan golekan yang lebih rendah yang menyumbang kepada penggunaan bahan api yang lebih baik.

Menurut Tan Song Chye, Presiden/Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd berkata, “Tayar Toyo Proxes CR1 adalah sangat ideal untuk digunakan pada kedua-dua kenderaan Jepun dan Continental, khususnya kereta dan SUV antara segmen A sehingga segmen D.

“Hasil daripada penggunaan teknologi termaju Jepun, Proxes CR1 pasti dapat memenuhi keperluan pemandu terutama bagi mereka yang menghargai tayar yang menawarkan prestasi unggul dan beraksi secara konsisten dalam kelajuan tinggi, baik di atas kondisi jalan basah dan kering. Ia turut menawarkan ciri keselamatan, penggunaan bahan api yang lebih efisien dan pengurangan bunyi bising yang menyumbang kepada keseronokan pemanduan yang lebih baik.”

Tengku Djan Ley, pelumba drift professional Malaysia berpeluang menguji sendiri tayar Proxes CR1 ini pada kereta Mercedes-Benz C230 beliau. Berdasarkan maklum balas beliau, tayar CR1 ini menawarkan pemanduan yang selesa dan selamat untuk lebuhraya dan jalan biasa, selain mendapati kadar bunyi bising yang terhasil adalah minimum.

Tayar Proxes CR1 untuk kereta penumpang boleh didapati dalam 36 saiz bermula dari rim berdiameter 14 inci hingga 18 inci, manakala tayar Proxes CR1 SUV terdapat dalam sembilan saiz untuk rim berdiameter 17 hingga 19 inci. Harga jualan untuk tayar kereta Proxes CR1 bermula dari RM160 hingga RM440, manakala tayar SUV Proxes CR1 pula bermula dari RM380 hingga RM580 bergantung kepada saiz tayar yang dipilih. Tayar Toyo Proxes CR1 ini boleh didapati di Pusat Tayar Toyo, dan Pusat Tayar Silverstone di seluruh negara.

Bersempena dengan pelancaran tayar baharu Proxes CR1, para pengguna yang membeli satu set tayar Proxes CR1 akan menerima hadiah percuma berupa payung edisi terhad Proxes CR1 sementara stok masih ada.

Acara pelancaran rasmi tayar Proxes CR1 disiarkan menerusi Facebook Live pada 19 November. Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk 53 pemenang bertuah, di mana tiga penyertaan terpantas yang berjaya menyukai, mengongsikan video dan menjawab lima soalan dengan tepat akan menerima satu set tayar baharu iaitu empat unit tayar Proxes CR1. Sementara baki 50 pemenang akan menerima kad petrol Petronas bernilai RM20.

Previous Post

Hadir Dengan Pakej Selepas Jualan Yang Berbaloi

Next Post

THE KING!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved