hadir dengan pakej selepas jualan melibatkan jaminan selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 130,000km. Selain servis percuma selama tiga tahun atau 65,000km melibatkan alat ganti, minyak pelincir, kos buruh dan bantuan tepi jalan 24/7 di seluruh negara.
Segmen trak pikap tempatan menerima satu lagi pesaing baharu apabila Westar Group memperkenalkan model Maxus T60. Ia tampil berbeza apabila menjadi trak pikap pertama dipasang dengan brek cakera ventilasi pada semua roda dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS). Bagi memberikan aspek kestabilan dan cengkaman terbaik, Maxus T60 dilengkapi Program Kestabilan Elektronik Bosch.
Program tersebut terdiri daripada sistem brek ABS, EBD, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Brek dan Roll Movement Intervention (RMI). Tidak ketinggalan, ciri Gill Start Assist Control (HAS) dan Hill Descent Control (HDC). Bakal bersaing secara langsung dengan trak pikap lain seperti Toyota Hilux, Nissan Navara, Mitsubishi Triton dan Ford Ranger, Maxus T60 dilengkapi enjin bersesaran 2.8 liter.
Enjin DOHC VGT turbo yang ditala untuk mematuhi piawaian emisi Euro4 iru mampu menjana kuasa mencecah 150bhp pada 3,400rpm dan tork 360Nm pada 1,600 hingga 2,800rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik Punch 6-kelajuan. Sistem pacuan empat roda BorgWarner yang dikawal secara elektronik membolehkan pemandu menukar pacuan 2H, 4H dan 4L tanpa perlu menghentikan kenderaan.
Rangkaian kuasa itu menawarkan penggunaan bahan api sekitar 9.2 liter bagi setiap 100km dengan tangki berkapasiti 75 liter. Ia hadir dengan keupayaan mengangkut beban sehingga 815kg dan menunda seberat 3 tan. Pemandu juga boleh memilih tiga mode pemanduan iaitu Eco, Normal dan Power.
Mode Eco menawarkan penjimatan sebanyak 2 peratus berbanding mode Normal. Manakala mode Power pula memberikan peningkatan prestasi sehingga 5 peratus yang sesuai digunakan pada laluan sukar atau ketika membawa beban. Aspek keselamatan dipertingkatkan menerusi beg udara, sensor parkir belakang, kamera undur, dua cagak ISOFIX, Blind Spot Assist. Sementara lampu utama automatik akan mengubah tetapan bergantung kepada kondisi jalan. Posisi suluhan lampu akan mengikut input stereng. Ia juga dilengkapi fungsi follow-me-home dan lampu nyalaan siang (DRL).
Di bahagian kabin pula, Maxus T60 menjadi trak pikap pertama dipasang dengan tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan yang boleh dilaras secara elektrik. Sebanyak 21 ruang penyimpanan barang disediakan untuk kemudahan semua.
Papan pemuka dipasang dengan skrin sentuh sistem infohibur bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Bagi memudahkan pemandu, Maxus T60 hadir dengan ciri-ciri seperti butang penghidup enjin, pendingin hawa automatik, rak barangan aluminium, roll cage besi tahan karat, pemijak sisi, hendal pintu krom, cermin sisi boleh lipat dan sepasang lampu kabus.
Ditawarkan pada harga RM99,888 seunit, hampir RM20,000 lebih murah berbanding pesaingnya, Maxus T60 menjadi trak pikap lengkap paling mampu milik yang boleh dibeli di pasaran. Untuk tempoh terhad, Maxus T6) didatangkan bersama promosi rim aloi bersaiz 19 inci dengan tayar Continental 255/55R 19.
Maxus T60 hadir dengan pakej selepas jualan melibatkan jaminan selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 130,000km. Selain servis percuma selama tiga tahun atau 65,000km melibatkan alat ganti, minyak pelincir, kos buruh dan bantuan tepi jalan 24/7 di seluruh negara.
Jentera itu didatangkan dalam warna hitam, merah, kelabu, putih, perak dan biru, sudah berada di pasaran sejak beberapa bulan lalu, trak pikap itu direka di Turin, Itali dan menjadi trak pikap ketiga paling laris di Australia. Maxus T60 turut dijual di New Zealand, Arab Saudi, Bahrain, China, Filipina, Thailand dan Chile.
Sumber : Mekanika