Tiada tanda noktah untuk tenaga Maserati dan untuk mengikut kebangkitan semula lagenda GranTurismo, prototaip GranCabrio Maserati terbaharu ini sedang meluncur laju dan yakin di atas jalan raya Modena untuk peringkat awal ujian pembangunannya.
Sebagaimana yang diketahui, tenaga kereta sport keluaran Trident tiada hentinya dan perjalanan masa hadapan untuk jenama ini baharu sahaja bermula. Bagi makluman, kedua-dua kereta GranTurismo dan GranCabrio menjadi kereta pertama jenama ini yang mengambil solusi elektrik sepenuhnya (100%).
Maserati merupakan inovatif yang diinspirasikan dari alam semula jadi dan bersedia untuk menempuh masa hadapan. Tujuan kedua-dua model terbaharu ini adalah untuk melancarkan barisan elektrik Folgore. Model-model Maserati ini bakal menetapkan tanda aras baharu untuk setiap segmen di pasaran; setiap satu kereta dalam barisan ini akan menjadi kereta elektrik penuh pada tahun 2030.
Menjelang pelancaran GranCabrio baharu yang dijangka bakal berlangsung tahun hadapan, model prototaip ini sedang menjalani ujian insentif termasuk di atas jalan raya, atas litar dan di beberapa keadaan jalan. Tujuan ujian ini pula adalah untuk mengumpul data yang diperlukan untuk talaan akhir yang optima!