Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Meningkatkan Lagi Kelestarian Dalam Pasaran Mobiliti Malaysia

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
29/10/2022
in BULETIN, UTAMA

Pasaran perkongsian kereta dan sewaan pengguna-kepada-pengguna berasaskan aplikasi SOCAR Mobility Malaysia (SOCAR) mengumumkan kerjasama strategik dengan ekosistem jualan kereta terpakai dalam talian Malaysia myTukar, dengan sasaran untuk meningkatkan kelestarian dalam rangkaian mobiliti Malaysia. Dengan memanjangkan jangka hayat kereta menerusi sistem tukar beli dan pengubahsuaian cekap myTukar, kedua-dua syarikat itu berhasrat untuk mengurangkan impak pelepasan kilang daripada setiap kereta yang dikeluarkan.

Dengan kerjasama strategik ini, myTukar akan membantu proses tukar beli secara menyeluruh, dari awal urusan pembelian dan kertas kerja sehingga ke proses pengubahsuaian dan jualan akhir. Sementara itu, SOCAR akan menjual 140 unit kenderaan segmen B kepada myTukar dan kemudiannya, membeli 150 unit model kenderaan terpakai yang diperakui myTukar, seperti Proton X70 dan Honda Civic.

Kedua-dua syarikat itu berusaha untuk membentuk kitar hayat dan ekosistem yang lebih lestari dalam pasaran kereta terpakai Malaysia. Kerjasama ini akan memanjangkan lagi hayat kereta lama yang sudah terpakai, berbanding pilihan memusnahkan kenderaan yang sememangnya selamat dan masih boleh digunakan lagi. Pada masa yang sama, SOCAR dapat menaik taraf rangkaian kereta mereka secara lestari dan terus menyediakan kenderaan yang selesa dan selamat untuk disewakan.

“SOCAR dengan sukacitanya mengalu-alukan myTukar sebagai rakan baharu kami dalam usaha meningkatkan kelestarian sektor mobiliti Malaysia, yang akan tercapai menerusi sinergi dalam kerjasama ini. Dengan unjuran pertumbuhan yang mantap dalam pasaran kereta terpakai Malaysia untuk tempoh tiga tahun yang akan datang, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) sebanyak 10%, SOCAR melihat potensi dalam mengembangkan rangkaian kenderaan kami dengan kerjasama ekosistem yang dipercayai seperti myTukar.

Menerusi kepakaran dan pendirian mereka terhadap standard kepercayaan dan keselamatan yang tidak berbelah bagi, myTukar telah memberikan keyakinan kepada kami untuk menambah kereta terpakai ke dalam rangkaian kenderaan kami. Inilah cara bagaimana kerjasama kita dapat menawarkan pilihan mobiliti yang lestari dan mampu dimiliki,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Mobility Malaysia, Shylendra Nathan.

“Kereta lama mempunyai reputasi yang kurang baik kerana sering dianggap ‘kuat makan minyak’ dan mengeluarkan gas berbahaya. Tetapi kereta baharu tidak semestinya menjadi penyelesaian akhir, kerana jejak karbon bagi setiap kereta baharu yang dihasilkan masih signifikan. myTukar menyokong penuh penyelesaian mobiliti lestari, dan kerjasama ini selari dengan hasrat kami untuk mengurangkan pelepasan kilang yang berbahaya dan keseluruhan jejak karbon dengan melanjutkan lagi tempoh penggunaan sesebuah kereta.

Kami juga mahu mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap kereta terpakai, bermula dengan para pengguna SOCAR yang berpeluang untuk mengalami sendiri bagaimana kereta-kereta yang dijamin selamat, boleh dipercayai dan selesa. Ini kerana semua kereta yang diperakui myTukar telah melalui proses pemeriksaan 160-point dan pengubahsuaian yang menyeluruh, dan ianya setanding yang baharu,” tambah Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng.

myTukar turut komited dalam memastikan bahawa model kelangsungan perniagaan SOCAR berjalan lancar, dengan menyediakan pakej servis eksklusif untuk SOCAR, termasuk tempoh baik pulih pantas dan lorong keutamaan. Ini dapat membantu dalam meminimumkan waktu tergendala dan kekurangan kereta, dan pengguna SOCAR akan dapat menikmati kualiti serta standard kereta yang diperakui myTukar secara konsisten.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SOCAR, sila kunjungi http://socar.my atau myTukar http://mytukar.com

 

Previous Post

Prototaip GranCabrio, Penerus Lagenda!

Next Post

Milik Skygns Chao Dengan Gaya Stance Fitment Style 2013 Sentuhan SFS Garage

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved