Sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai jenama di luar sana menghasilkan sistem suspensi untuk kenderaan. Tapi, tidak semua mengikut ciri-ciri dan kehendak lebih-lebih lagi untuk keselesaan dan juga tahap keseimbangan yang diperlukan bagi jentera kita. Seperti yang dijual di kedai-kedai alat ganti, ianya telah disiapkan oleh pihak pengusaha mengikut spesifikasi yang sama dengan kenderaan kita dan jika ada sekalipun, yang terlalu berjenama mungkin didatangkan pada harga yang sangat tinggi. Itu pun masih belum tentu boleh mengikut citarasa dan keselesaan kita.
Di Malaysia sebenarnya, terdapat satu jenama yang sudah lama berada dalam dunia automotif tempatan. Dengan menghasilkan pelbagai sistem suspensi dan juga spring untuk pelbagai model kenderaan, F Tuned Racing sentiasa menjadi pilihan bukan sahaja untuk kaki-kaki lumba, tetapi bagi kenderaan kegunaan harian.
Bagi mereka yang baru sahaja mengetahui tentang F Tuned Racing, mereka merupakan penala dan juga pembuat sistem suspensi yang yang sangat berpengalaman serta telah banyak membantu kejayaan para pelumba tempatan untuk mendapatkan talaan terbaik bagi tahap keseimbangan kenderaan. Bukan sahaja di trek lumba, malah ianya semakin popular untuk kenderaan kegunaan harian disebabkan kualiti serta prestasi yang mampu ditampilkan oleh produk mereka.
Kini, F Tuned Racing memperkenalkan produk mereka iaitu “Comfort Lowering Spring”, “S Series Twin Tube” dan GT Series Inverted Monotube”. Set suspensi boleh laras yang diperkenalkan ini boleh diubah ketinggian mengikut prestasi yang dimahukan, keselesaan serta tahap kedudukan kereta dan roda yang diinginkan. Springnya juga direka bukan sahaja bagi prestasi dalam pemanduan tetapi juga akan membuatkan anda lebih selesa dan lebih cekap semasa memandu.
Kesemua produk F Tuned Racing boleh didapati untuk semua jenis kenderaan. Dengan waranti sehingga 2 tahun, anda pasti akan merasa berbaloi dengan nilai yang anda keluarkan untuk sistem suspensi berkualiti dari F Tuned Racing.
Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai produk F Tuned Racing, anda boleh berkunjung ke;
F Tuned Racing Suspension
No.9, Jalan Seri Rejang 4,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.
No Tel : 012 – 777 0747
Emel : ftunedsuspension@gmail.com
Selain itu, anda juga boleh berhubung terus menerusi laman sosial;
Facebook : https://www.facebook.com/ftuned
Instagram : https://www.instagram.com/ftunedracingsuspension/