Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Kerangka Impreza Dicipta Untuk Kuasa Dinamik

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
30/01/2021
in MODIFIKASI, UTAMA

Seperti yang kita semua maklum, nombor 8 sering dianggap bertuah dalam masayarakat Cina, sementara nombor 4 pula dianggap malang. Walaupun budaya tradisi awal kebanyakannya tidak dititikberatkan oleh golongan muda, namun apabila melibatkan soal nombor, kepercayaan mereka tetap utuh. Mengelakkan nombor malang menjadi satu kemestian sementara bagi yang berkemampuan, apa juga bentuk yang menyasarkan nombor lapan akan dijadikan matlamat. Baik dari pendaftaran kereta, rumah, nombor telefon, alat kedai dan pejabat malah apa juga yang berkaitan dengan soal nombor.

Andy Yeo juga memegang prinsip yang sama. Beliau percaya Subaru Impreza versi ke lapan yang dibelinya bakal membawa tuah. Kerana itu juga beliau tidak berfikir panjang samada membeli antara dua model yang ada di pasaran ketika itu. Biarpun versi ke 9 WRX sudah pun berada di pasaran dengan harga yang hanya sedikit berbeza berbanding versi ke lapan STI, Andy percaya pada tradisi asal dengan angka bertuah 8 tersebut bakal memberikan nasib baik untuknya.

Dari sudut teknologi. Versi-versi 7, 8 dan 9 Subaru dianggap mengalami krisis identiti di mana ia adalah revolusi terhadap apa yang berlaku pada kerangka GD baru mereka. Versi sebelumnya iaitu generasi ke 7 menerima kritikan kerana penggunaan lampu bulat (bug eye) yang tidak padan dengan bentuk badan keseluruhannya. Malah banyak pengeluar peralatan aftermarket di Jepun enggan membangunkan kit badan untuk versi 7 dengan keyakinan bahawa lampu utama tersebut akan digantikan pada model ke 8. Ternyata telahan mereka benar dan versi ke lapan yang diperkenalkan mengembalikan semula bentuk dinamik Subaru dan juga gandingan enjin boxernya yang identikal itu. Dikenali sebagai “blob eye”, versi ini pantas mendapat sambutan di kalangan pengeluar kit badan dan kosmetik di Jepun.

Apakah yang menjadikan jentera ini istimewa? Pertama, ia sebuah kereta yang lahir daripada kejuaraan rally dunia. Subaru memenangi kejuaraan kategori Pengeluar untuk tiga tahun berturut-turut pada 1995 hingga 1997. Kejayaan yang sukar dinafikan terhadap kerangka Impreza yang dicipta untuk memberikan kuasa dinamik. Gabungan enjin boxernya menghasilkan pembahagian berat yang seimbang. Bukan itu sahaja, ia memberi kesan kurangnya gegaran, akibat pergerakan azali omboh susunan sebaris, juga menyumbang terhadap pengendalian kereta secara keseluruhan.

Bagi sebuah model yang lahir daripada kejuruteraan yang sempurna, pengubahsuaian yang besar seakan-akan tidak lagi perlu. Apatah lagi untuk versi STI yang memang telah direka dengan tork lebih tinggi. Bagi keadaan normal, tork dan kuasa kuda untuk STI adalah 10-15 peratus lebih tinggi dari versi WRX. Namun untuk seorang yang tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, Andy masih menganggap ada ruang yang boleh ditingkatkan pada Impreza ini.

Andy melakukan pengubahsuaian kecil terhadap enjin EJ20 ini. Boost asal yang hanya bertekanan 1.1 bar telah ditingkatkan pada 1.5 bar. Injap blow off asal digantikan dengan unit dari HKS SSQV dan pengubahsuaian paling dominan ialah menggantikan intercooler asal di bahagian top mount ke bahagian front mount dari jenama Greddy. Intercooler Group C ini mampu menyuap oksigen segar yang jauh lebih baik untuk sistem turbo sedia ada. Ia juga langkah permulaan yang baik bagi Andy yang bercadang untuk meningkatkan keupayaan enjinnya pada masa akan datang.

Sistem ekzos juga telah menampilkan pengubahsuaian menyeluruh di mana paip sesalur asal telah digantikan dengan komponen dari Rays model Gramlight. Begitu juga dengan peredam bunyinya yang juga tercetak logo yang serupa. Mungkin jenama ini kita semua kenali sebagai pembuat rim sport sahaja, namun Rays juga turut terlibat dalam menghasilkan peralatan prestasi ekzos. Selain itu, kotak gear kereta ini juga telah dikemaskan dengan pelapik klac berkembar HKS Pro yang didatangkan bersama dalam bentuk set dengan flywheel dan juga perumahnya.

Bahagian pemanduan kereta ini telah diperbaiki hampir di segenap aspek. Pertama sekali, roda asal berdiameter 17 inci telah digantikan dengan roda dari Prodrive berukuran 18 X 8.5 inci. Ia kemudiannya dipadankan dengan tayar dari Bridgestone Potenza RE05 bersaiz 225/40. Secara automatik, ketinggian titik graviti meningkat kerana penggunaan roda dan tayar yang lebih besar, dan secara tak langsung, kelihatan bersedia untuk ke tarmac rally, namun Andy berasa kekok dengan rekabentuk sedemikian lalu memilih untuk merendahkan kereta beliau dengan memadankan penyeraphentak jenis bolehlaras dari Kayaba SR. Brek asal Brembo yang berkapasiti tinggi itu telah sempurnakan lagi dengan pelapik brek Endless.

Sudut kosmetik kereta diperbaharui dengan lips hadapan dan belakang yang menampilkan produk daripada Varis. Sentuhan ini adalah daripada bahan gentian karbon sementara bahagian sisinya dilengkapkan dengan skirting dari INGS. Pengubahsuaian ini nampak ringkas dan hampir tidak mengubah langsung rupabentuk kereta ini jika tidak dilihat dengan teliti. Namun begitu, kit seperti lips dan spoiler bawah pada bumper asal ini turut menyumbang aspek aerodinamik pada kereta secara keseluruhannya.

Berbeza dengan generasi awal Impreza 1 hingga enam yang dicipta sebagai homolagated rally, model 7 dan seterusnya pula menampilkan corak pemanduan yang lebih mesra pengguna. Hasil kejuruteraan yang tercipta sedekad sebelum itu dicurahkan sepenuhnya pada model ini. Cara pemanduan versi baru juga lebih relaks, tempat duduk Sti ini walupun nampak garang, ia sebenarnya sangat selesa malah lebih selesa dari sesetengah kereta sport buatan Eropah. Ruang kakinya juga lebih lebar, ruang kepala dan sisinya juga cukup sempurna untuk sebuah kereta yang masih dikategorinya dalam segmen C. Pengubahsuaian dalaman Impreza Andy ini terhad kepada penggunaan meter tambahan Defi yang merangkumi boost, oil pressure, oil temperature dan water temperature. Selain berfungsi sebagai pemberi maklumat, ia turut melengkapkan kombinasi ruang dalamannya yang sporty itu. Akhir sekali, pelapik kaki asal digantikan dengan pelapik dari HKS Kansai yang turut sama temanya dengan warna biru terang.

SPESIFIKASI

      • Pemilik –
      • Pengeluar – Subaru
      • Model – Impreza Sti Versi 8
      • Tahun –
      • Modifikasi Enjin – EJ20 turbo intercooler, boost 1.5 bar, intercooler front mount kit Greddy Group C, blow-off valve HKS Super SQV, sistem ekzos lengkap Rays Gramlight, transmisi manual enam kelajuan, pelapik klac HKS Pro dengan flywheel.
      • Transmisi / Gearbox –
      • Elektronik / ECU –
      • Ekzos –
      • Suspensi – Suspensi bolehlaras Kayaba.
      • Brek – Brek depan belakang Brembo, pad brek Endless
      • Rim & Tayar – Rim Prodrive 18X 8.5 inci, Tayar Bridgestone Potenza RE05 225/40
      • Dalaman – Meter set Defi boost, oil pressure, oil temperature dan water temperature. Alas lantai HKS Kansai, Greddy Profec B, Spec II.
      • Luaran – Lips hadapan dan splitter belakang carbon fibreVaris, skirting INGS, cermin sisi Ganador.
      • Bengkel –

Previous Post

Produk tempatan yang tidak pernah mengecewakan. Terbukti di banyak litar perlumbaan!

Next Post

Kereta Lumba Jepun Untuk Kegunaan Atas Jalan!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved