GoCar, peneraju platform perkongsian kereta di Malaysia melancarkan GoCar Garage – satu penyelesaian digital sehenti terbaharu bagi tujuan servis dan penyelenggaraan kenderaan yang boleh didapati pada aplikasi mudah alih GoCar.
GoCar Garage bermatlamat memenuhi keperluan pasaran yang mahukan penawaran selepas jualan yang mudah dan telus dengan persekitaran serta perkhidmatan terbaik seperti OEM. Penyelesaian baharu itu merupakan tawaran terkini yang ditambah ke dalam fokus syarikat untuk menyediakan penyelesaian “mobiliti sebagai satu bentuk servis” yang mampu menggugat stautus quo melalui penggunaan teknologi.
Ideal untuk rakyat Malaysia yang bijak menggunakan peranti mudah alih dan sentiasa bergerak, platform GoCar Garage menawarkan penyelesaian menyeluruh. Pelanggan boleh memilih servis yang dimahukan, mengesahkan dan membuat bayaran ke atas temu janji servis mereka. Selain menguruskan aspek pengambilan dan pemulangan kenderaan pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja.
Lebih penting lagi, GoCar Garage menyediakan struktur harga yang telus dan boleh dinilai oleh pelanggan, membuat pra-persetujuan menerusi aplikasi GoCar sebelum sesuatu kerja pembaikan disahkan. Ciri ini memastikan tiada kos tambahan mengejut yang biasanya berlaku di bengkel-bengkel pihak ketiga.
Selain menawarkan kemudahan dan harga yang telus, pelanggan juga boleh menikmati banyak manfaat seperti:
-Basuh dan sanitasi kereta secara percuma
-Pemeriksaan 31 poin kenderaan secara percuma
-Membuat tempahan dengan mudah (menggunakan aplikasi mudah alih GoCar)
-Sempena pelancaran GoCar Garage, servis penghantaran dari pintu ke pintu menerusi GoValet (dalam jarak radius 50kmm dari GoCar Hub) yang ditawarkan pada bayaran minimum akan dipotong sepanjang Ogos
-Jaminan penggantian alat ganti selama enam bulan
-Penggunaan percuma GoCar selama dua jam pada hari kereta anda diservis1
Boleh didapati sekarang di GoCar Hub yang terletak di kawasan strategik di Jalan Kemajuan, Petaling Jaya, GoCar Garage merupakan sebuah pusat servis yang lengkap. Ia dikendalikan oleh pasukan juruteknik berpengalaman yang mahir dalam melakukan servis ke atas semua jenama dan model kenderaan penumpang. Ini jelas memberi ketenangan minda kepada pelanggan.
“Kami percaya kami dapat memenuhi keperluan dalam pasaran yang mahukan satu pengalaman servis yang mudah dan telus. Terutama bagi kereta yang sudah tamat tempoh jaminan. Di GoCar, kami komited untuk menggunakan teknologi bagi menambah baik pengalaman pelanggan, terutama dalam aspek penyelenggaraan kereta yang kini masih beroperasi dalam proses bersifat manual. Kami percaya kemudahan yang kami tawarkan menerusi GoCar Garage dapat benar-benar memberikan nilai tambah yang diinginkan oleh pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar, Wong Hoe Mun.
Rangkaian perkhidmatan GoCar Garage adalah seperti berikut:
-Servis pit stop – penukaran minyak selama 45 minit (tidak termasuk membasuh dan sanitasi kereta). Pelanggan boleh memilih daripada tiga jenis minyak enjin – sintetik penuh, semi sintetik dan mineral. Hanya minyak enjin premium jenama -Elf digunakan. Servis ini termasuk penapis minyak dan drain washer. Harga bermula hanya RM98
-Pemeriksaan & penggantian bateri
-Servis tayar termasuklah penjajaran dan imbangan secara percuma untuk pembelian dua unit tayar atau lebih
-Pembaikan & penyelenggaraan pendingin udara
-Pembaikan & penyelenggaraan brek
-Sistem penyejukan enjin & penggantian
-Diagnostik elektrikal
-Pembaikan badan & cat
Pengalaman mudah alih pertama yang mudah dan telus
Pelanggan yang menimbang untuk menyelenggara kenderaan mereka dengan GoCar Garage hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih GoCar dan mengikuti tiga langkah mudah bagi menikmati pengalaman itu sepenuhnya.
Pertama, untuk menempah sesi temu janji, pelanggan perlu menghantar beberapa maklumat identifikasi diri, kenderaan dan memilih servis yang diperlukan daripada menu penuh.
Mereka kemudian akan dimaklumkan menerusi aplikasi mengenai kos servis yang dipilih secara terperinci dan cadangan jadual temu janji. Hanya selepas pelanggan memberikan pengesahan dan kelulusan, barulah GoCar Garage akan meneruskan kerja pembaikan tersebut.
Sebaik sahaja servis itu selesai, mereka akan menerima satu notifikasi yang mengesahkan bahawa kerja-kerja pembaikan sudah siap dan boleh membuat pembayaran menerusi aplikasi. Satu invois rasmi yang boleh dimuat turun juga disediakan. Pilihan pembayaran termasuklah kad debit atau kad kredit, pembankan dalam talian atau poin GoPocket. Pelanggan kemudian boleh memilih untuk mengambil kereta mereka dari GoCar Hub atau menguruskan penghantaran di lokasi yang dimahukan menggunakan perkhidmatan GoValet.
Pelanggan juga boleh menghubungi talian 1300-30-2633 atau emel ke hello@gocar.my untuk mendapatkan jadual temu janji.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GoCar Garage, menjadual pemeriksaan kereta secara percuma atau membuat tempahan servis, download aplikasi mudah alih GoCar atau layari https://www.gocar.my/garage.