Sebagai sebuah pengeluar dan penala sistem suspensi berprestasi tempatan, FTuned Racing sentiasa menjalankan uji kaji yang sangat terperinci dalam penghasilan semua sistem penyerap hentak mereka sebelum diperkenalkan kepada para pengguna. Ini adalah untuk menjamin kepuasan serta kualiti dalam setiap produk mereka.
FTuned Racing juga sentiasa menjalankan kajian untuk memastikan apakah kehendak yang diperlukan oleh para pengguna di luar sana. Untuk makluman semua, Ftuned Racing bukan sahaja menghasilkan produk untuk kenderaan berprestasi sahaja malah untuk kenderaan harian turut tersedia.
Kali ini, FTuned Racing memperkenalkan kepada anda sistem penyerap hentak yang baru sahaja dihasilkan oleh mereka yang dikenali sebagai FTS Shock. FTS Shock ini dihasilkan bagi menggantikan sistem suspensi asal kenderaan anda dan ianya telah dipertingkatkan lagi dari segi kualiti dan sekaligus dapat meningkatkan lagi prestasi dalam sesi pemanduan anda. Keseronokkan dan keselesaan anda memandu akan lebih dirasai dengan talaan sempurna yang terdapat pada sistem penyerap hentak ini.
Selain itu, sistem penyerap hentak FTS Shock ini juga boleh dipadankan dengan spring asal kenderaan anda ataupun untuk lebih prestasi, FTuned CLS Comfort Lowering Spring boleh digandingkan bersama. FTS Shock tersedia untuk beberapa model kereta iaitu Proton Inspira, Satria Neo, Wira 1.6, Satria, Waja, Toyota Estima, Vellfire dan juga Mitsubishi Lancer GT.
Sebagai jenama yang sentiasa menjaga kualiti dalam setiap produknya, FTS Shock diberikan jaminan selama 6 bulan untuk sebarang kerosakkan oleh FTuned Racing.
Jadi, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai FTS Shock atau mana-mana produk FTuned Racing, anda boleh hubungi;
F Tuned Racing Suspension
No.9, Jalan Seri Rejang 4,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.
No Tel : 012 – 777 0747
Emel : ftunedsuspension@gmail.com
atau
Selain itu, anda juga boleh berhubung terus menerusi laman sosial;
Facebook : https://www.facebook.com/ftuned
Instagram : https://www.instagram.com/ftunedracingsuspension/