Kebanyakan negara di Eropah dan juga Amerika telah kurang minat terhadap sedan, tetapi ia masih lagi popular dalam kalangan para pembeli di China. Bagi memenuhi permintaan yang ada, Chery bersiap sedia melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan barisan sedan menerusi Arrizo 8 baharu, pesaing terdekat untuk Toyota Camry, Honda Accord, dan Kia K5.
Nama dan juga saiz Arrizo 8 dikatakan bakal memenusi slot yang lebih kecil berbanding Arrizo 5 Plus dan Arrizo 5 Pro. Model ini sepatutnya didedahkan ketika berlangsungnya Beijing Auto Show yang telah pun ditangguhkan. Namun begitu, gambar rasmi pertamanya telah disiarkan di atas talian.
Rekaannya sangat tipikal dengan sedan ICE-powered dengan grille yang luas, unit lampu LED berlebar penuh di kedua-dua bahagian, perincian krom dan juga garis atas atap. Bahagian belakangnya mengingatkan kepada Toyota Camry tetapi berdiri di atas set tailpipe.
Di bahagian dalam, Chery Arrizo 8 mempunyai set dashboard yang cukup bersih mengikut trend terkini. Bahagian kokpit ini mempunyai skrin digital 12.3-inci, stereng bawah mempunyai dua ton warna. Upholstery kelihatan lebih premium berbanding model-model Chery terdahulu yang menggabungkan kulit, kayu dan juga metal. Rekaan pintunya hampir menyerupai Lexus LC.
Menurut laporan berita kereta China, ianya dikuasakan oleh enjin turbocharged 1.6 liter yang menguasakan 194 hp (145 kW / 197 PS) dan tork 290 Nm (214 lb-ft) dan lebih kuat dengan enjin turbocharged 2.0 liter dan 250 hp (187 kW / 254 PS) serta tork 390 Nm (288 lb-ft). Kedua-duanya menghantar kuasa ke bahagian hadapan menerusi transmisi dua-klac 7-kelajuan.
Bakal tiba di para pengedar China pada suku ketiga tahun 2022. Namun begitu, harganya masih belum didedahkan!