SUV paling laris dan terbesar dari Bavaria, BMW X7 sepatutnya telah dikemaskini selepas lima tahun berada di pasaran. Bagi tahun 2023, pereka BMW telah melakukan perubahan, memberikan X7 ini bahagian hadapan lebih sport, sedikit perubahan di bahagian belakang, lebih kuasa untuk model asas dan rombakan pada bahagian kabin dengan teknologi terbaharu.
BMW telah membahagikan lekapan lampu tradisionalnya kepada dua untuk tahun 2023. Talaan dua lampu ini akan menjadi perkara utama baharu untuk semua model bersaiz penuh BMW. Malah, ia telah pun digunakan untuk kenderaan elektrik i7 dan sedan 7 Series, sama juga dengan hybrid crossover XM.
Lampu LED (running day light) di bahagian atas berhampiran dengan garis hood. Manakala lampu utama (headlight) dipasangkan di bahagian bawah, berhampiran bampar. Menurut BMW, ia adalah untuk menekankan penampilan X7.
Selain itu, fascia bawah pada xDrive40i ini dikenakan dengan penampilan silver yang berkilau dari bahagian bampar. Ini diikuti kidney grille yang telah dikemaskini agak gelap dikelilingi krom yang lebih cerah. Selain itu, terbaharu untuk tahun 2023 turut dimasukkan dengan elemen Cascade Lighting pada grille ini seperti Rolls-Royce.
X7 M60i yang lebih sporti pula dihiasi dengan warna gloss black. Kidney grille dan pengaldilayangkan dengan warna krom forgoes chrome for a gloss black treatment instead. The kidney grille dan lorong udara memakai warna hitam monotone, manakala lampu utama menggunakan warna lebih gelap bagi menaikkan penampilan lebih agresif.Seterusnya, BMW menambah 14 warna. Salah satunya Sparkling Copper Grey metalik seperti yang dapat dilihat pada gambar model xDrive40i ini. Diikuti warna M Marina Bay Blue metalik seperti yang divisualkan pada model M60i bersama kemasan individual BMW yang lain seperti Ametrin, Dravit Grey, Tanzanite Blue II dan Frozen Pure Grey.
Para pembeli boleh juga boleh membuat pilihan pada X7 dengan emblem BMW M 50 Years. Buat pertama kalinya ke atas produk BMW, menawarkan rim 23-inci. Model xDrive40i asas menggunakan rim standard 21-inci, manakala M60i menggunakan aloi 22-inci. Rim aloi-ringan individual BMW juga ditawarkan.
Dikatakan harga X7 xDrive40i tahun 2023 ini bermula pada $78,845 (RM333,403.75). Jadi, apa yang kita boleh buat sementara menunggu, hanya tunggu dan lihat.