Smart kembali dengan produk terbaharu dan ia merupakan crossover elektrik penuh dengan #1. Direka untuk Mengatasi beberapa model elektrik kecil yang lain seperti Hyundai Kona dan Volkswagen ID.3.
Ini merupakan produk pertama Smart elektrik baharu yang dilancarkan sejak Geely membeli 50% jenama ini dari Daimler. Ia juga menjadi produk pertama Smart yang menduduki arkitek elektrik penuh SEA Geely. Smart #1 ini mencapai jarak maksima 440km menggunakan pek bateri 66kWh. Pada pelancarannya, Smart #1 didatangkan dengan motor single rear-mounted yang menghasilkan 264hp dan tork 343 NM. Pilihan pek bateri lain mengikut arkitek SEA dan dilengkapi dengan 3 motor walaupun masih tiada apa-apa pengesahan jika Smart #1 akan menggunakan fungsi ini di masa depan. Dalam masa yang sama ia juga satu cara untuk melancarkan semula jenama Smart. Smart #1 juga lebih besar berbanding model-model sebelum ya. Menurut Geely, ia memiliki saiz seperti Kia Niro EV, MINI Countryman atau Renault Megane E-Tech tetapi lebih luas di bahagian dalamnya. Tambahnya lagi, ruang kabin boleh dibandingkan dengan sedan mewah Mercedes-Benz E-Class. Harganya masih belum diumumkan lagi dan pembuatan akan bermula kemudian dan penghantaran dijangka dimulakan pada awal 2023. Ia dijangka akan memasuki pasaran Eropah dan Asia.
Sumber : Carscoops