Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Hab Eksport Ke Negara-negara ASEAN Lain

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
11/04/2022
in BULETIN, UTAMA

Chery telah berjaya melancarkan jenamanya secara rasmi di Indonesia di Indonesia International Motor Show (IIMS) 2022 yang sudah pun melabuhkan tirai baru-baru ini. Bertemakan ‘Feel The Difference’, syarikat kenderaan tersebut memulakan komitmennya yang diperbaharui dan lebih kukuh terhadap Indonesia serta ASEAN.

Presiden Chery International En Zhang Guibing berkata Indonesia merupakan antara pasaran kenderaan yang paling berpotensi di dunia, juga pasaran strategik dan penting bagi Chery di Asia Tenggara. Beliau menambah bahawa Chery akan meneroka model pelaburan dan perniagaan baharu, memanfaatkan kekuatan teknikalnya, dan berusaha membawa teknologi canggih serta produk pintar ke Indonesia.

Selain memenuhi keperluan pengguna Indonesia, Chery juga akan menjadikan Indonesia sebagai hab eksport ke negara-negara ASEAN yang lain. Pengeluar kenderaan tersebut berharap dapat membawa kenderaan berteknologi tinggi, termasuk kenderaan elektrik, ke Indonesia, memberikan sokongan teknikal kepada rakan niaga serta menyumbang aktif kepada transformasi industri automotif Indonesia.

Sasaran Chery adalah untuk menubuhkan lebih 100 cawangan di seluruh Indonesia dalam tempoh dua tahun akan datang, meliputi lokasi-lokasi utama seperti Jawa, Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, dan Bali. Syarikat itu juga merancang untuk mewujudkan hab alat ganti di empat pulau teras (Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi) bagi menyediakan bekalan alat ganti dan servis selepas jualan yang pantas.

Kenderaan yang dipamerkan di pentas IIMS Chery termasuk Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro, OMODA 5 dan kenderaan elektrik EQ1. OMODA 5 baru sahaja memulakan pengeluaran di China pada Februari, dan ini merupakan penampilan pertama model tersebut di ASEAN.

Barisan SUV Tiggo Pro menggabungkan konsep dan teknologi R&D terkini Chery, sambil menawarkan reka bentuk dalaman dan luaran yang bergaya. Tiggo 8 Pro dikuasakan oleh enjin 2.0 TGDI yang menghasilkan 254 PS dan 400 Nm tork, sambil memberikan kecekapan thermal sebanyak 41%. Kenderaan tersebut juga dilengkapi dengan penghidup enjin kawalan jauh, kamera 360 darjah dan Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang menggabungkan banyak fungsi termasuk Adaptive Cruise Control, Automatic Emergency Braking dan Front Collision Warning.

OMODA 5 merupakan model pertama di bawah siri produk global OMODA baharu, menyasarkan trend teknologi masa hadapan serta mewujudkan ekosistem eksklusif dan interaktif yang dikongsi oleh penggunanya di seluruh dunia. OMODA 5 bertujuan untuk mewujudkan trend gaya hidup baharu bertemakan fesyen dan teknologi, dan akan dilancarkan di Asia, Amerika Selatan, Australia, Afrika dan Eropah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Previous Post

Permulaan Untuk Elektrik Penuh Bagi Jenama Ini

Next Post

Tetap Menggunakan Formula Dan Resipi Lama!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved