Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Perlindungan Tambahan Kereta Penting Bagi Qoala

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
29/03/2022
in BULETIN, UTAMA


Insurans kereta merupakan satu keperluan bagi setiap pemilik kereta. Ia membantu melindungi daripada pelbagai jenis risiko kewangan yang mungkin timbul disebabkan oleh kejadian yang tidak diingini yang boleh berlaku di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Ini termasuk risiko kerosakan akibat kemalangan tidak kira kerosakan kecil atau serius seperti kereta berlanggar, terbabas atau terjatuh dan risiko-risiko lain seperti kecurian, perbuatan khianat, kebakaran dan bencana alam.

“Memiliki insurans kereta bukan sahaja memberi manfaat daripada aspek kewangan, malah dapat mengekalkan kelestarian komponen-komponen penting dalam kereta. Meskipun begitu, tidak semua risiko dilindungi. Jika berlaku insiden selain daripada risiko yang dilindungi insurans, kita mungkin terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk membaiki atau menukar kereta baharu. Ini adalah sebab penting untuk kami mengembangkan insurans kereta kami,” kata Calvin Teng, Pengurus Qoala Malaysia.

Perlindungan tambahan kereta bertindak sebagai jaminan tambahan untuk beberapa risiko lain yang tidak termasuk dalam insurans utama. Perlindungan ini meliputi risiko akibat bencana alam seperti taufan, banjir, ribut, hujan batu, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi, rusuhan dan kekacauan awam, keganasan dan sabotaj, kemalangan peribadi untuk penumpang serta liabiliti undang-undang kepada pihak ketiga dan penumpang.

Dengan memiliki perlindungan tambahan kereta, pelanggan perlu menyediakan bayaran premium tambahan setiap bulan yang turut dikenali sebagai premium tambahan. Premium tambahan merupakan premium yang boleh ditambah untuk mendapatkan lebih banyak manfaat melebihi perlindungan asas untuk risiko-risiko tidak diingini yang tidak dilindungi insurans.

Qoala, sebuah syarikat insurtech, bekerjasama rapat dengan beberapa syarikat insurans terkemuka di Malaysia bagi membangunkan produk insurans terbaik. Secara amnya, terdapat tiga jenis insurans kereta yang disediakan iaitu Insurans Komprehensif, Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian dan Insurans Pihak Ketiga.

Insurans Komprehensif menawarkan perlindungan terhadap kerosakan, kehilangan harta benda serta kematian atau kecederaan akibat kemalangan. Insurans Pihak Ketiga pula menawarkan perlindungan insurans paling asas daripada tuntutan pihak ketiga termasuk kematian, kecederaan, kerosakan serta kehilangan harta benda akibat kemalangan. Sementara itu, Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian menawarkan perlindungan yang sama seperti Insurans Pihak Ketiga dengan tambahan perlindungan kerosakan kereta akibat kebakaran atau kecurian.

Untuk melengkapkan pengalaman, terdapat beberapa rakan kongsi insurans Qoala yang turut menawarkan jaminan perlindungan tambahan seperti insurans cermin depan dan insurans bencana alam. Insurans cermin depan menyediakan perlindungan sekiranya cermin depan retak atau pecah tiba-tiba. Manakala, insurans bencana alam pula melindungi kerosakan kereta akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, pokok tumbang dan sebagainya bergantung pada polisi insurans yang dipilih.

Qoala menyediakan perkhidmatan penyerahan polisi secara digital melalui laman web dan aplikasi Qoala. Ia sekali gus boleh membantu pelanggan memilih dan membandingkan pelbagai produk insurans untuk mendapatkan pilihan terbaik pada harga premium yang berpatutan, selain proses pendaftaran dan pembelian yang pantas dalam beberapa minit tanpa perlu melakukan sebarang tinjauan. Qoala turut mempunyai penasihat insurans yang sedia membantu menjelaskan dan menyarankan insurans mengikut keperluan pelanggan. Pelanggan juga tidak perlu risau tentang proses tuntutan kerana semuanya boleh dilakukan melalui aplikasi Qoala dan akan turut dibantu oleh pasukan Qoala.

Previous Post

EV Comel, Sesuai Untuk Penghantaran Di Bandar

Next Post

Menghimpunkan Pemilik Kereta Saga Iswara Dari Serata Malaysia

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved