Baru-baru ini, Opel telah memperkenal sebuah lagi model terbaharu dalam keluarga Sustainable Urban Mobility (SUM) keluarannya. Dinamakan sebagai Rocks-e Kargo, EV yang kecil ini direka untuk kerja-kerja mengangkut barang dalam persekitaran bandar, berjarak jauh tanpa pelepasan dan terbaik untuk alam sekitar.
Menurut klasifikasi di bawah Kesatuan Eropah, ianya lebih dianggap basikal beroda empat dan bukannya kereta. Sebenarnya, Rock-e Kargo merupakan penjenamaan semula dari Citroen My Ami Cargo. Namun, tempat duduknya telah digantikan dengan kawasan letak barang yang boleh memuatkan sehingga 400 liter (kargo fleksibel).
Bagi barang-barang yang panjang, Rocks-e Kargo mempunyai lantai muatan boleh-laras dan memuatkan objek sepanjang 47.2 inci (1.2 meter). Ia juga boleh memikul beban seberat 140 kg. Barang-barang lain seperti bungkusan, makanan seperti pizza atau apa-apa sahaja boleh dimuatkan dalam kabin, ada helah yang boleh digunakan Rocks-e Kargo ini.
Apa yang membuatkan Rocks-e Kargo kargo paling sesuai?
Dengan ukuran hanya 94.9 inci (2.41 meter) panjang, 54.7 inci (1.39 meter) lebar dan 59.8 inci (1.52 m) tinggi membolehkan ia mencelah di jalan-jalan yang sempit. Ia juga mempunyai ukuran jejari pemusingan 283.5 inci (7.2 meter) membuatkan ia sangat mudah untuk digerakan.
Opel Rocks-e Kargo menghasilkan 8 hp (6 kW) dengan output kuasa maksima 12 hp (9 kW) untuk pemecutan. Bateri 5.5 kWh boleh dicas sepenuhnya dalam masa 4 jam dengan soket rumah. Jarak pemanduannya pula boleh mencecah sehingga 75 km berdasarkan standard WLTP. Opel bakal menerima tempahan untuk Rocks-e Kargo di Jerman dan Netherland tahun ini. Pasaran lain bakal menyusul.
Sumber : Motor1