Maserati cukup teruja untuk memperkenalkan ciptaan elektrik penuh terbaharunya dan memilih Shanghai Auto Show 2023 sebagai platform paling sesuai bagi tujuan tersebut. Secara tidak langsung, ia menandakan detik-detik bersejarah untuk sebuah kereta mewah pertama jenama Itali yang merupakan 100% elektrik.
Bagi makluman, China merupakan lahirnya revolusi mobiliti yang menarik dan mengujakan. Bukan sahaja untuk inovasi tetapi juga mempunyai minat dalam pasaran mewah dan disebabkan itu, Maserati memutuskan bahawa China adalah tempat paling ideal untuk melancarkan Maserati Grecale Folgore secara global bersama dengan Maserati GranTurismo baru.
Model coupe yang kuat dan sentiasa relevan ini diperkenalkan untuk pertama kalinya ke pasaran Asia dalam versi enjin pembakaran dan versi kuasa elektriknya pula ialah GranTurismo Folgore. Folgore adalah nama rangkaian elektrik Trident yang mewakili inovasi, kemewahan, kecantikan dan visi yang menyatukan masa lalu dan masa depan dalam Maserati yang tak tertandingi.
Oleh itu, Shanghai Auto Show 2023 adalah tempat paling ideal di pasaran Asia dan jenama ini, untuk menegaskan serta meningkatkan konsep “prestasi kemewahan Itali”, pada permulaan era baru. Pengelektrikan memainkan peranan penting dalam strategi masa depan Maserati, dengan komitmen untuk menghasilkan versi elektrik bagi semua modelnya menjelang tahun 2025 diikuti kenderaan bateri sepenuhnya menjelang tahun 2030.
Ia adalah sebahagian perancangan dengan visi tinggi, mencerminkan keberanian yang selalu ditunjukkan oleh DNA Trident, mendorongnya maju ke masa depan, di mana kejayaannya bergantung pada ciri-ciri Itali yang unik. Kemampuan untuk membangkitkan emosi dengan produk berkualiti dan eksklusif, serta keajaiban inovasi. Semua ini tepat dalam mengisi apa yang diperlukan dalam industri automotif di masa hadapan.