Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Khusus Untuk Ranger XL Double Cab dan XLT

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
19/04/2023
in BULETIN, UTAMA

Meraikan Hari Raya tahun ini dan sempena ulang tahunnya yang ke-15, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia, kini menawarkan pakej servis percuma selama dua tahun kepada pelanggan baharu Ford Ranger XL Double Cab (varian Automatik dan Manual) dan XLT generasi baharu.

Kempen Raya in berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2023 dan tersedia untuk jumlah unit terhad sahaja bagi kedua-dua model, serta untuk mereka yang membeli paling awal.

“Kami sentiasa mencari cara paling bermakna untuk memperkayakan pengalaman pemilikan Ford. Kempen promosi servis dua tahun ini bertujuan untuk menawarkan lebih nilai tambahan kepada pelanggan Ranger XL Double Cab dan XLT generasi baharu dalam kehidupan seharian mereka. Kepada semua pelanggan setia Ford yang mana jaminan mereka telah luput, kami turut menyediakan tawaran promosi lepas jualan, yang sedang berlangsung kini hingga 31 Mei, yang memberikan diskaun 10% untuk alat ganti terpilih,” ujar Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.

“Kami juga berbangga untuk meraikan ulang tahun ke-15 SDAC sebagai pengedar tunggal Ford di Malaysia. Ford adalah syarikat keluarga; untuk itu, kami di SDAC turut komited untuk memastikan pelanggan kami berasa seperti sebuah keluarga juga. Kami ucapkan selamat balik kampung dan pandu cermat kepada semua pelanggan Muslim menjelang Hari Raya ini. Kepada semua yang akan melakukan perjalanan jauh ketika musim cuti ini pula, pandu cermat di jalan raya. Pastikan kenderaan Ford anda telah diservis dan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan,” tambahnya.

Sempena Hari Raya, SDAC-Ford bekerjasama dengan “Chubb-e” atau Muhammad Sharul Ashlyn Ag Ashrul Affandy, seorang artis digital berusia 23 tahun yang terutamanya sebagai penyanyi dan komposer untuk mencipta lagu dan video Raya. Dengarkan lagu tersebut melalui platform sosial Ford Malaysia.

Dibina untuk melakukan lebih banyak — untuk kerja, riadah atau kedua-duanya
Ranger XL Double Cab (AT dan MT) serta Ranger XLT generasi baharu dikuasakan oleh enjin Ford 2.0 liter Single Turbo diesel yang menghasilkan kuasa maksimum 170 PS dan tork maksimum 405 Nm.

Sebelum ini, hanya Ranger Raptor yang menawarkan pilihan mod pemanduan. Kini, kedua-dua model generasi baharu ini datang standard dengan empat mod pemanduan: Normal, Eco, Tow/Haul dan Slippery.

Menampilkan rekaan gril baharu dan lampu utama bentuk C di depan, kedua-dua model ini turut menerima manfaat daripada pertambahan 50 mm jarak antara roda dan jejaknya, serta teknologi bersepadu tahap tinggi yang boleh menandingi penawaran untuk model Ranger lainnya yang lebih mahal, termasuklah ciri yang pertama dalam kelasnya, iaitu skrin sentuh 10.1-inci serta Ford SYNC® 4A dan panel instrumen digital lapan-inci dengan tetapan boleh ubah.

Ranger XLT generasi baharu dijual pada harga RM129,888 di Semenanjung dan RM135,388 untuk Sabah dan Sarawak. Ranger XL Double Cab Manual pula dijual pada harga RM108,888 di Semenanjung Malaysia dan RM114,888 untuk Sabah dan Sarawak. Sementara itu, varian automatiknya dijual pada harga RM113,888 di Semenanjung dan RM119,588 untuk Sabah dan Sarawak.

Semua pelanggan Ranger generasi baharu secara automatiknya akan menjadi sebahagian daripada Ford Inner Circle di Malaysia — sebuah komuniti yang menghimpunkan individu dengan minat yang sama, yang gemar mengunjur sempadan dan meneroka horizon baru, menyumbang kepada masyarakat atau beraktiviti bersama Ford Ranger Getaways dengan rakan dan keluarga.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran servis percuma selama dua tahun bagi Ranger XL Double Cab dan Ranger XLT generasi baharu, atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang mana-mana model Ford Ranger, WhatsApp Chat dengan Pakar Ford Ranger kami.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di laman Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube atau layari www.sdacford.com.my.

Previous Post

Generasi Baharu Sedang Dalam Pembinaan, Bakal Menyusul Kelak

Next Post

Perkenalkan SUV Grecale Folgore Kepada Dunia & Ikonik Terbaharu GranTurismo Ke Pasaran Asia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved