Setakat hari ini, tiada berita atau desas-desus yang mengatakan Hyundai bakal melancarkan varian wagon untuk Elantra terbaharu. Namun, ia tidak mustahil kerana sebelum ini Hyundai pernah mengeluarkan varian wagon untuk model-model terdahulu. Jika Hyundai mengeluarkan varian wagon untuk Elantra sebagus direka oleh SRK Design ini, tiada salahnya. Setuju?
SRK Designs telah berjaya menukar Elantra menjadi sebuah wagon dengan memanjangkan garis atap dan membentuk spoiler tajam yang dipanjangkan dari bahagian atas cermin tingkap belakang. Kereta ini menampilkan cermin sisi tambahan di bahagian belakang C-pillar dan ia kelihatan sangat sesuai dan bagus.
Bagi Elantra N baharu, ia dikuasakan oleh enjin turbocharged 2.0 liter 4-silinder yang menghasilkan 276 hp dand tork 289 lb-ft (392 Nm). Enjin ini memacu roda hadapan menerusi transmisi dwi-klac basah 8-kelajuan atau transmisi manual 6-kelajuan. Ia boleh mencatatkan 62 mph (100 km/j) dalam 5.3 saat dengan DCT.
Sumber : Carscoops / SRK Design