Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu hantaran di Facebook mengatakan bahawa trend modifikasi hellaflush atau pengubahsuaian tayar dan rim terkeluar daripada badan kereta (tayar kangkang) akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Pengubahsuaian jenis ini sudah menjadi trend dan boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat kegagalan sistem keselamatan khususnya di bahagian brek yang gagal berfungsi dengan cekap. Bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu malah pengguna jalan raya lain.
“Tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 170/59, iaitu mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
“Jika sabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan,” katanya.