Percaya atau tidak, sejak Covid melanda dunia, banyak yang telah berubah sebenarnya. Kalau dulu, dunia permotoran amat rancak dan sana sini golongan-golongan peminat kereta sibuk dengan pelbagai acara yang diadakan di negara kita. Tapi sekarang, semuanya suram belaka. Nak melepak pun ada had yang telah ditetapkan serta tidak boleh melakukan sesuatu aktiviti itu bebas sesuka hati seperti kebiasaan.
Berbalik pada jentera yang dipaparkan kali ini. Sebuah Honda Civic FD2 Type R yang boleh dikatakan agak sukar untuk kita lihat kelibatnya di atas jalan raya negara sejak dua menjak ni. Kalau ada pun bukan yang jenis Type R, semuanya yang biasa je. Mungkin atas faktor Covid yang melanda ni juga menjadikan para pemilik jentera ini agak jarang untuk membawa kereta kesayangan mereka untuk keluar bersosial bersama dan banyak dihabiskan di bawah selimut atau di tempat parking sahaja.
Honda Civic FD2 Type R sedia maklum didatangkan dengan nadi K20A sangat berkuasa yang telah banyak digunakan pada jentera-jentera Honda lain. Untuk kereta ini, nadinya masih lagi dalam keadaan stok dan cuma diberikan naik taraf ringan untuk memberikan sedikit nafas baru untuk melancarkan pergerakan kuasanya. Beberapa peralatan ‘aftermarket’ telah dipasangkan pada nadi jentera ini antaranya intake chamber GruppeM gentian karbon, Skunk2 Alpha header serta sistem ekzos J’s Racing 70RR.
Aksesori lain yang turut digunakan adalah pelindung coil Mugen, penutup radiator Mugen, penutup minyak enjin Mugen serta rel bahan api Mugen yang membantu untuk penyampaian bahan api lebih baik ke dalam enjin. Talaan lebih baik enjin ini turut dibantu oleh unit ecu Hondata Flashpro yang akan memastikan kuasa enjin dapat digerakkan pada tahap maksimum.
Sistem suspensi Ohlins DFV menjadi pilihan untuk memantapkan lagi tahap kestabilan pada jentera ini. Kuasa mengendalikan dinaik taraf dengan penggunaan ‘sway stabilizer bar’ serta ‘stabilizer link’ depan dan belakang dari jenama Cusco. Kuasa membrek jentera ini juga turut dipertingkatkan lagi hasil gabungan kaliper brek Brembo aluminium 4 pot yang dipadankan dengan pelapik brek dari Endless.
Ruang dalaman jentera ini boleh dikatakan serba mewah. Lihat sahaja tempat duduk Honda R Spec serba hitam yang digunakan, dipadankan pula bersama stereng Mugen dengan lilitan benang merah serta bosskit jenama yang sama menambahkan lagi serinya. Banyak lagi aksesori tambahan lain yang turut dipakaikan antaranya Mugen Carbon Shift Knob, Hybrid Racing Quick Gear Shifter, Ultra shift Indicator(Red), Defi link display set, Titanium set steering screw, Seekers back mirror, Honda Access Foot Light (Blue) dan Pioneer AV250 Player. Bab enjin agak biasa, tetapi dalamannya bileh dikategorikan sebagai luar biasa meriahnya.
Bahagian luarnya juga dipenuhi dengan pelabagai aksesori dari Mugen bermula dari spoiler gt wing, hood depan gentian karbon, lips hadapan, grill, ‘hydropholic mirror’ dan pemegang nombor plat beserta skru pengikatnya. ‘Wide fender’ jentera ini pula dari jenama Max Racing.
Nampak macam biasa je kan tapi inilah yang dikatakan hobi. Hobi bermain kereta ni takkan ada penawarnya sampai bila-bila melainkan si pemiliknya betul-betul bersara… Tapi boleh ke?
SPESIFIKASI
- Pemilik – Ameer Saifuzan B Ismail
- Pengeluar – Honda
- Model – Civic FD2 Type R
- Tahun –
- Modifikasi Enjin – Stock K20A, GruppeM Carbon intake chamber, Mugen coil cover, Mugen radiator cap, Mugen engine oil cap, Mugen Fuel Rail, Skunk2 Alpha Header, J’S Racing 70rr exhaust system
- Transmisi / Gearbox – Manual 6 transmission
- Elektronik / ECU – Hondata Flashpro ECU
- Ekzos –
- Suspensi –
- Brek – Front BREMBO aluminum 4 pot calipers, Endless Pad Brake, Mugen Brake Lines
- Rim & Tayar – Mugen GP Track Specs Edition Rims (18 9JJ Off 35) Front (18 9jj Off 50) Rear with Bridgestone RE 71 R 245/40/18 (Front) 235/40/18(Rear)
- Dalaman – Honda R spec seats blacks interior, Mugen Red sticth leather steering, Mugen Bosskit with spacer, Mugen Assist Meter, Mugen Carbon Shift Knob, Hybrid Racing Quick Gear Shifter, Ultra shift Indicator(Red), Defi link display set, Titanium set steering screw, Seekers back mirror, Honda Access Foot Light (Blue), Pioneer AV250 Player
- Luaran – Mugen rear under spoiler, Mugen Spoiler GT Wings, Mugen CF front hood, Mugen front lips, Mugen front grill, Mugen Hydropholic mirror, Max racing wide fender, Mugen Plate Holder, Mugen bolt nut plate holder, Honda Access Beam light
- Bengkel – Ya Servis/S&P Shocks & strut/Fast Autoworks