BMW bersiap sedia untuk melancarkan i4 dan iX untuk pasaran Amerika Syarikat awal tahun hadapan. Bagi memberi laluan kepada dua model itu, BMW dikatakan bakal menghentikan pengeluaran i3 di pasaran Amerika Syarikat.
Sepertimana yang dilaporkan oleh blog BMW, pengeluaran i3 untuk spesifikasi Amerika Syarikat akan berakhir pada bulan Julai. Pada masa yang sama, jualan i3 di pasaran Amerika juga semakin perlahan.
Pada tahun 2015, ia berjaya mencatatkan jualan tertinggi pada 11,024 unit , namun mengalami kejatuhan pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 2019, ia terjual sebanyak 4,854 unit dan hanya 1,508 unit dicatatkan pada tahun lalu.
Sumber : Carscoops