Lazimnya dan sepertimana yang diketahui umum, kereta lama Mercedez-Bez direka untuk rekabentuk yang elegan dengan gaya yang mewah serta sesuai sebagai kereta yang dipandu dengan santai. Namun, berbeza dengan W108 keluaran tahun 1968 ini yang telah menjalani proses restorasi dan modifikasi drastik yang meminjan kuasa serta interior dari Mercedes-AMG C63S W205 tahun 2019!
Kereta yang dimaksudkan boleh ditemui di Brisbane, Australia. Pemiliknya mengekalkan warna asal kereta iaitu hitam dengan beberapa tambahan seperti warna krom pada gril, bampar, di bahagian keliling lampu utama dan juga garis cermin. Selain itu, rim 5 jejari 19 inci dengan cakera brek AMG bersama emblem “S” pada bahagian belakang, sekaligus menampilkan kelainan pada W108 ini.
Perubahan yang dilakukan pada bahagian interior juga tidak kurang hebatnya khususnya pemanduan bahagian kanan dari W205. Sterengnya dibaluti dengan Alcantara, bahagian dashboard pula dilengkapi dengan skrin infotainment dan busket seat yang kelihatan agak canggung apabila dipadankan dengan eksterior rekaan Paul Bracq.
Semasa dipandu di atas jalan raya mahupun drift di atas litar, Mercedes ini membuatkan ramai yang memandang keliru kerana tiada siapa pun menjangka sebuah W108 mampu melakukan aksi lincah dan lasak begitu. Sebenarnya, kuasa ini berpunca dari SEL 280 dengan V8 4.5 liter yang menghasilkan 195hp (145kW / 198ps) yang dihantar ke roda belakang menerusi kotak gear automatik 3-kelajuan.
Bagi kereta 1970, ia sudah cukup berkuasa tetapi ia sangat jauh jika dibandingkan dengan V8 bi-turbo 4.0 liter yang mampu menguasakan 503hp (375 kW / 510 ps) dan tork 516 lb-ft (700Nm) dalam stok C63s.
Sumber : Carscoops