Mini Remastered sentuhan David Brown Automotive telah didedahkan kepada umum tidak lama dahulu. Ia merupakan sebuah Mini yang telah menjalani proses restomod ketika di zaman jenama British ini masih belum dimiliki oleh BMW Group dan Remastered ini ditemui sebagai edisi khas jenama Marshall. Diperkenalkan di UK pada April 2022, edisi ini dikatakan membuat penampilan pertamanya di Perancis.
Kereta bertemakan rock & roll ini akan dipertontonkan sehingga Disember. Syarikat ini telah memilih butik berkelas tinggi untuk seleksi fesyen terkemuka dan juga jenama mewah yang mana sangat berbeza dengan dengan Mini asal oleh Alec Issigonis yang mampu dimiliki oleh para peminatnya.
Setelah dimodifikasi begini, ia bukan lagi sebuah kereta Mini biasa. Edisi Marshall ini hanya dikeluarkan sebanyak 60 unit seluruh dunia yang ditawarkan untuk kedua pemandu kiri dan juga kanan. Namun begitu, harganya masih belum dimaklumkan lagi tetapi pasti lebih mahal dan harganya sama seperti Oselli Edition yang berharga sekitar $121,385.00 (RM542,561.93).
Enjin A-series Marshall Edition bersesaran 1,330 sentimeter padu. Baik untuk 83hp dan tork 133 Nm dan kuasanya disertai dengan transmisi manual 5-kelajuan. Jika berkeadaan baik, ia melancarkan sehingga 62mph (100kph) dalam masa 8.9 saat. Manakala kelajuan tertinggi dijangka hanya 90 mph (145 kph), lebih dari mencukupi untuk sebuah kereta yang menjejak semula kelahirannya pada lewat 1950an.
Setiap Marshall Edition dilengkapi dengan barangan kelengkapan Marshall termasuk amplifier gitar kuasa tiub yang diletakkan di bahagian tempat letak barang serta ditemani sistem audio 8-speaker. Sebagaimana yang dikatakan pengarah jualan dan pemasaran, Michelle Gay bahawa Mini Remastered Marshall Edition ini adalah contoh paling tepat untuk rekaan paling sempurna dengan kualiti buatan tangan, menggabungkan dua jenama British bersama (Mini dan Marshall).
Rock & roll dan moden digabungkan menjadi satu dengan bentuk paling ikonik British, kini dibawa ke tengah-tengah bandar Paris, negara yang sangat sinonim dengan gaya serta fesyen!