Shanghai Auto Show telah menyaksikan beberapa kereta konsep dari jenama terkenal yang unik dan tidak kurang juga, sudah ada yang mengharapkan kereta-kereta ini bakal masuk produksi untuk dikeluarkan tidak lama lagi. Salah satu kereta konsep yang menjadi tumpuan pastinya dari Audi. Kereta konsep A6 e-tron yang baharu sahaja didedahkan buat pertama kalinya ini berkongsi dimensi yang sama dengan model A6 sebelum ini.
Kereta konsep A6 e-tron ini merupakan Audi pertama dibina dengan PPE (Premium Platform Electric) yang akan disusuli pula oleh Q5 e-tron dan Q6 e-tron pada tahun 2022. Platform ini telah dibangunkan bersama Porsche dan kereta elektrik generasi akan datang Macan. Menurut Audi, kereta pertama yang dibina menggunakan platform PPE ini akan didedahkan pada pertengahan kedua tahun 2022.
Sebahagian besar rekaan yang ada pada kereta konsep ini akan dikekalkan untuk versi yang bakal dikeluarkan. Walaupun ia digelar sebagai A6 e-tron, tetapi ianya merupakan sebuah “Sportback,” iaitu coupe 5-pintu. Seperti apa yang diharapkan ada pada kereta elektrik, ciri-ciri aerodinamik adalah sesuatu yang asas. Bentuk yang licin diperlukan untuk meminimakan halangan udara dan memaksimakan julat yang diperlukan.
Kereta konsep ini dicat dengan Heliosilver, untuk meningkatkan ciri-ciri estetik dengan kesan 3-dimensi. Menurut Audi, cat ini boleh memantulkan peratusan radiasi haba pada cahaya matahari, sekaligus mengurangkan jumlah tenaga yang memasuki kereta khususnya melindungi bahagian interior. Dengan penolakan ini, maka penggunaan sistem penghawa dingin jarang digunakan.
Selain itu, kereta konsep A6 e-tron ini dilengkapi dengan lampu 3D baharu di bahagian belakang. Ia merupakan, elemen OLED digital generasi baharu. Selain memaparkan cahaya yang berterusan, ia juga menghasilkan variasi lampu digital tanpa had dan juga boleh diubah mengikut citarasa pemiliknya.
Kereta konsep A6 e-tron ini membawa 100 kW bateri yang ditempatkan di tengah-tengah kereta dan khusus dibina untuk EV platform PPE. Berkongsi pengecasan teknologi 800-watt dengan e-tron GT yang membenarkan pengecasan pantas dengan pengecas yang sesuai. Menurut Audi, bateri hanya perlu dicas selama 10 minit dan mampu mencapai sehingga 300 km dan kurang dari 25 minit untuk meningkatkan kuasa dari 5 hingga 80 peratus. Tambah Audi lagi, keseluruhan jarak untuk pengecasan penuh kereta konsep ini adalah 700 km.
EV dari Audi yang menggunakan platform PPE akan dikeluarkan oleh Eropah dan China dimana kedua-dua pengeluar mengukuhkan lagi kerjasama di antara pengeluar di China iaitu First Automobile Works (FAW). Namun begitu, Porsche menolak idea untuk membinanya di luar Jerman. Berbanding platform J1 dan yang digunakan oleh e-tron GT, platform PPE akan menjadi tulang belakang dengan banyak lagi model Audio akan menggunakannya.
Sumber : Carscoops