Baru-baru ini, Honda Malaysia memperkenalkan model HR-V Sport Hybrid intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD) yang dipertingkatkan. Model facelift dan SUV segmen B yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia itu kini ditawarkan pada harga RM113,954.82.
Beberapa penambahbaikan dapat dilihat pada model terbaharu ini, samada sudut eksterior mahupun ketersambungannya. Lampu utamanya kini dipasangkan dengan lampu LED begitu juga dengan lampu kabus hadapan dan lampu belakang. Selain itu, turut membezakan model ini dengan yang terdahulu, hendal pintu yang didatangkan dengan kemasan krom.
Menjenguk ke bahagian dalamnya, terpampang seunit paparan sistem infotainmen berukuran 7inci yang menyediakan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay, 2 slot USB. Bagi memberikan rasa sporty, Honda telah memasagkan stereng tiga jejari.
HR-V Sport Hybrid i-DCD dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan sistem pancitan terus bahan api, transmisi DCT 7 kelajuan dan Integrated High Power Motor. Dibantu oleh bateri lithium-ion, ia mampu menawarkan maklum balas dan pecutan seperti enjin 2.0 liter.
Ia juga dilengkapi sistem keselamatan standard seperti enam beg udara, Amaran Berhenti Kecemasan (ESS), Automatic Brake Hold (ABH), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan ISOFIX. HR-V Sport Hybrid i-DCD kini didatangkan dalam dua warna iaitu perak dan steel metalik.
Sekiranya berminat untuk menempah, layari prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch. Anda juga boleh menghubungi talian tol pecuma Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my
Sumber : Mekanika