Kemunculan Maserati menerusi Mistral Spider telah mencuri tumpuan penganjuran edisi ke-36 Monterey Car Week yang diadakan di Bayonet and Black Horse Golf Course di Seaside, California.
Didedikasikan khas untuk pengeluar kereta Itali, acara ini menyaksikan penyertaan dan kehadiran para peminat serta penggiat kereta dari seluruh dunia. Pada malam itu, Maserati berjaya menarik perhatian dan memenangi gelaran Best in Show menerusi Mistral Spider tahun 1965.
Pada acara yang sama, sebuah lagi model ikonik Maserati yang menyambut ulang tahun ke-50 turut diraikan. Bora, kereta pertama yang dipasangkan enjin belakang sejak lebih seabad yang lalu. Bagi makluman, Maserati menamakan model keluarannya menggunakan nama-nama angin yang terkenal bermula dengan Mistral pada tahun 1963.
Seterusnya, beberapa model lain turut menggunakan nama angin seperti Ghibli, Borak, Merak dan Khimsin. Tidak ketinggalan, SUV pertama dalam sejarah Trident, Levante yang diperkenalkan pada tahun 2016. Kini, sekali lagi nama model Maserati dilahirkan dari angin Grecale yang bakal dipersembahkan pada November nanti.