Baru-baru ini, syarikat Ford di Eropah telah mengumumkan sesuatu yang mengujakan khusus untuk para peminatnya. Tidak lama lagi, Ford akan melancarkan edisi khas Puma ST terbaharu. Sehubungan dengan itu, Ford telah membuka peluang kepada para peminat untuk membuat rekaan pilihan sendiri agar Ford Puma tampil lebih bergaya serta lebih ‘panas’ dan ini termasuklah memilih nama yang lebih menarik.
Menurut Ford, para peminat boleh memilih warna kombinasi dari elemen model terhad sedia ada seperti cat, decal, kaliper brek dan juga jahitan pada tali pinggang. Bukan itu sahaja, peminat juga boleh memilih antara badge atau eksterior tanpa badge!
Terdapat tinjauan khas yang dikeluarkan di media sosial Ford di Instagram dan Twitter di seluruh Eropah. Ford akan mengeluarkan tinjauan baru untuk setiap elemen. Para peminat pula boleh mengundi dalam masa 24 jam selepas tinjauan dikeluarkan. Tinjauan ini turut mengambil kira undian untuk nama yang mana akan digunakan untuk model yang dikeluarkan.
Spesifikasi akhir dan nama yang dipilih untuk Ford Puma ST edisi khas ini bakal diumunkan pada 18 Jun, 2021. Versi pengeluaran untuk model edisi khas ini akan dibina di kilang pengeluaran Ford di Romania dan dijangka boleh mula dibeli pada tahun ini juga.
Sumber : Ford / Motor1