MINI Malaysia melancarkan kempen ‘Catch of the Year’ untuk rangkaian model MINI Countryman di Malaysia dan menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk model-model seperti MINI Countryman Pure, MINI Countryman Sports. Ini termasuklah dua varian baharu yang diperkenalkan dengan Blackline Package dan Panoramic Sunroof, MINI Countryman Plug-in Hybrid, serta MINI Countryman John Cooper Works.
Tawaran itu merangkumi kadar faedah bermula 0% (berdasarkan Straight Line Financing), penjimatan sehingga RM32,000, pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,102, serta lanjutan Program Inklusif Servis dan Pembaikan MINI (MSRI) selama satu tahun bagi model-model terpilih. Ini menjadikan tempoh MSRI berjumlah 4+1 tahun.
Bukan itu sahaja, pemilik MINI Countryman Plug-In Hybrid juga dapat menikmati lanjutan jaminan bateri voltan tinggi yang dilanjutkan sehingga 8 tahun atau 160,000km (mana-mana tiba dahulu). Kempen ‘Catch of the Year’ berlangsung sehingga 31 Disember 2020 untuk unit terhad sahaja. Maklumat lanjut, sila layari http://www.mini.my/en_MY/home/happenings/discovercountryman.html
Sumber : Mekanika
Gambar : Carscoops
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ