Sedia maklum, Perodua Myvi merupakan sebuah model keluaran Perodua yang sangat laris di pasaran Malaysia dan ianya juga merupakan sebuah kenderaan yang mudah untuk dikendalikan. Rekaannya juga tidak menghampakan kerana cetakan utama dari negara matahari terbit ini juga mampu menambat hati pengguna kereta di negara kita.
Mungkin apa yang dihasilkan oleh Perodua tidak cukup mengghairahkan seperti mana yang dikeluarkan oleh Daihatsu ataupun Toyota. Disebabkan itulah anak muda di Malaysia suka mengubahnya untuk menjadi lebih lawa. Tak percaya? Tengok sendiri kat atas jalan raya negara kita. Majoriti penggunanya pasti dah menukar identiti Myvi mereka.
Jentera yang dipaparkan kali ini antara ribuan Myvi yang telah ditukar personalitinya. Salinan lengkap kit badan Daihatsu Boon X4 telah menggantikan rupa Myvi yang terlalu ‘basic’ untuk peminatnya. Dalamannya juga turut digantikan milik X4 Dash keseluruhannya. Ianya turut dilengkapi tempat duduk Recaro SR4 dipadankan bersama tombol gear D-Sport dan stereng Sparco. Di bahagian papan pemuka pula diletakkan dengan deretan meter Defi Advance BF serta meter RSM Apexi.
Enjin asal K3VE telah ditamatkan perkhidmatannya dan digantikan dengan nadi 3SZVE berkuasa 1500cc. Dah dinaik kuasa, ditambah lagi prestasinya untuk lebih bertenaga. Set piston Nissan March 75mm digunakan digandingkan bersama conrod TPS. Bearing asal digantikan dari jenama King manakala intake Velocity rekaan kustom diikatkan bersama throttle body “oversize.”
Pam bahan api AVS bertugas untuk menghantar petrol ke bahagian enjin terus ke palaras jenama Works seterusnya ke rel Velocity dilengkapi injektor Vios 210cc. Unit ecu GReddy E-manage Ultimate Piggyback berfungsi untuk memberi talaan lebih baik dan terurus kepada enjin ini. Sistem ekzosnya dinaik taraf dengan paip berukuran 2 inci dengan tabung Lucky Star di belakangnya.
Kotak gear TRD Sport M dilengkapi klac 6 kaki Triniti akan memastikan bahagian roda dapat menampilkan kuasa yang terhasil dari enjin yang telah diadun sebati. Sistem brek turut diperhebatkan dengan kaliper AP Racing 4 pot di bahagian depan yang mencengkam erat piring rotor berukuran 300mm. Sistem suspensi GAB SS Series HLSH pula memastikan kedudukan jentera ini boleh diubah-ubah mengikut kesesuaiannya dan akhir sekali rim Volk Racing CE28N berukuran 16 inci lengkap tayar Yokohama AD08R kelihatan melangkapkan lagi penampilan pada jentera ini!
Kalau dilihat, pemilik pastinya telah melabur banyak pada jentera ini. Namun, kepuasan yang dimiliki tidak boleh diluahkan dengan hanya sekadar kata-kata.
Spesifikasi
Kereta : Perodua Myvi
Enjin Asal : k3VE 1.3cc
Modifikasi Enjin : 3SZVE 1.5cc, piston Nissan March 73mm, conrod TPS (turbodottcom) Forged H-beam, King Racing bearing, ported and polished head, K3VE2 Storia camshaft, Velocity Racing custom intake with stock oversized throttle body, fuel pump AVS racing, injector Vios 210cc, Velocity Racing fuel rail, Works Engineering fuel regulator, NGK Iridium spark plug, equal length header, 2 inch piping + Lucky Star exhaust tip
Elektronik : Greddy Emanage Ultimate piggyback
Transmisi : TRD Sport M 08 gearbox, 6 puck Triniti Racing clutch
Suspensi & Cesi : GAB SS Series High Low Soft Hard Bodyshift adjustables
Brek : 4 pot AP Racing, 300mm rotor
Rim & Tayar : Volk Racing CE28n 16”, tayar Yokohama AD08R
Luaran : Daihatsu Boon X4 bodypart, Cusco frame plate
Dalaman : Daihatsu Boon X4 Dash, Recaro SR4 seats, D-Sport gearknob, Defi Advance BF Amber Red, Apexi RSM, Sparco 2 spoke steering wheels
Bengkel : Tok Ady Garage, BoeTack Garage, Zali Garage