Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Paling pintar, Sarat kepelbagaian Dan Paling Berkemampuan, Akan Diperkenalkan Bermula 22 Julai 2022

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
08/07/2022
in BULETIN, UTAMA

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia mengumumkan Ranger generasi terbaru yang dinantikan akan mula dipasarkan di sini hujung bulan nanti. Diberi rekaan serba baru secara menyeluruh, Ford Ranger generasi terbaru ini dijangka akan sekali lagi memberi erti lebih segar bagi segmennya sebagai sebuah kenderaan gaya hidup untuk bekerja, keluarga dan riadah.

Sebagai Ranger yang paling pintar, penuh kepelbagaian dan paling berkemampuan setakat ini, Ranger generasi baru ini akan lebih didambakan serta boleh menjadi teman yang dipercayai untuk pemiliknya menempuh apa saja keperluan dan cabaran dalam hidup seharian.

Sebagai tambahan kepada penggayaan luarannya yang tersendiri serta ruang dalaman yang nyaman, begitu juga ciri keselamatan dan teknologi maju serta keselesaan premium, pemilik Ranger generasi baru ini akan turut menjadi sebahagian daripada kelompok individu yang berkongsi minat sama untuk menikmati kehidupan sepenuhnya dalam apa jua yang mereka lakukan.

“Pelanggan Ranger adalah mereka yang meraikan suasana dan memandang tinggi segenap aspek kehidupan yang berkualiti. Ranger generasi baru ini sesungguhnya merupakan kenderaan yang diperlukan pelanggan untuk menjalani Kehidupan Ranger—mengendalikan kerja mereka, meneroka tanpa rasa takut ke tempat yang diinginkan serta mempererat hubungan kekeluargaan, komuniti dan individu dengan minat yang sama,” ujar Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.

Jelajah Lima-Lima-Lima Untuk Ranger Generasi Terbaru
SDAC sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan Ranger generasi baru ini di lima kawasan di seluruh negara—tengah, utara, selatan serta Sabah dan Sarawak—lebih awal daripada tarikh ia mula dijual di pasaran tempatan. Jelajah berkenaan akan diadakan selama lima hujung minggu bermula dengan acara pengenalan utama, yang akan bermula dari 22 Julai 2022.

Mereka yang ingin menjadi antara terawal mendekati model Ranger generasi baru ini perlu mendaftar untuk jelajah berkenaan. Hadirin akan diberikan taklimat terperinci dan boleh mendekati model terbabit serta boleh berbual dengan perunding jualan dan membuat tempahan sekaligus.

Peminat Ranger boleh mendaftar di laman “Keep Me Informed” di sini untuk mendapat jemputan eksklusif jelajah pengenalan ini dan mengetahui bila ia akan singgah di bandar berdekatan mereka.

Getaways — alami pengalaman menyeluruh Kehidupan Ranger
Ford Ranger Getaways merupakan platform kembara dan percutian komuniti yang membawakan pengalaman unik Kehidapan Ranger melalui siri kembara khas tempatan.

Ia adalah tempat di mana kalangan individu yang berkongsi minat dan minda yang sama mendirikan “Lingkungan Ford” dan berkumpul serta membina persahabatan; dalam masa sama menikmati kepelbagaian, kemampuan dan potensi penuh Ranger mereka tanpa mengira varian.

Pelanggan boleh memilih cabaran atau percutian yang diinginkan, termasuk pengalaman off-road untuk menguji had kenderaan mereka; menjadi juruterbang untuk sehari; menikmati hari dengan alam semulajadi; atau sekadar bersantai bersama keluarga.

Untuk mengetahui lanjut tentang aktiviti menyeronokkan lain dan menempah Ford Ranger Getaways, layari di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi terbaru, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube atau layari www.sdacford.com.my.

 

Previous Post

Mega Gathering Malaysia 2022 Edisi, Himpun Lebih 5000 Buah Kereta Dan Dihadiri 10,000 Pengunjung!

Next Post

Pendaftaran Perodua separuh pertama 2022 melonjak 30% Dirangsang Tarikh Akhir Pengecualian Cukai Jualan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved