Baru-baru ini, Some Darby Auto Performance (SDAP) telah memperkenalkan Pakej Premium Untuk model Cayenne dengan penawaran beberapa pilihan baharu. Pakej Premium ini hadir bersama pilihan menarik seperti pengendalian dinamik dan selesa menerusi suspensi udara dengan Porsche Active Suspension Management (PASM).
Selain itu, Pakej Premium ini turut menawarkan rim RS Spyder bersaiz 21 inci, ParkAssist dan juga Surround View. Pilihan diperkayakan lagi dengan sistem bunyi keliling BOSE beserta kawalan suhu empat zon.
Bersesuaian dengan moto syarikat yang tidak berkompromi dengan prestasi sebuah kereta sport. Prestasi dan keseronokan memandu perlu diseimbangkan dengan ciri-ciri kereta yang mewah serta elemen-elemen yang berfungsi penuh.
Sebagai model paling sporty dalam kelasnya, Cayenne dikatakan mampu menarik minat pelanggan untuk merasai kehebatan memandu kereta sport keluaran Porsche ini.
Bagi makluman, Pakej Premium ini hadir bersama jaminan dan servis percuma selama 4 tahun. Kepada yang berminat, pra-tempahan untuk model asas Cayenne sudah dibuka pada harga bermula RM665,000 (tidak termasuk SST ekoran pengecualian dari kerajaan sehingga 31 Disember 2021).
Sumber : Mekanika