Selagi ada duit, tiada ada apa yang mustahil. Walaupun benda yang dimahukan itu pelik tapi pasti boleh jadi dengan adanya kemampuan. Begitulah yang terjadi dengan Bill Harrah, seorang ahli perniagaan dan jutawan terkenal di Amerika Syarikat yang memiliki hotel penginapan Harrah, pusat kasino Reno di Las Vegas dan juga Navada Gaming Control. Pendek kata, memang kaya gila!
Sebagai orang kaya, Bill Harah juga mempunyai minat yang mahal dan menyimpan lebih 1,500 buah kereta dalam koleksi peribadinya. Antara yang paling pelik ada dalam simpanan beliau ialah Jerrari, sebuah jentera gabungan Jeep Wagoneer dan Ferrari. Tujuan asal wujudnya Jerrari ini adalah kerana beliau inginkan sebuah pacuan 4 roda yang pantas dan dalam masa sama, sesuai untuk semua keadaan. Beliau pernah meminta pertolongan untuk menyempurnakan projek ini kepada Enzo Ferrari tetapi ditolak. Tidak berputus asa, Bill Harrah mengambil keputusan untuk melaksanakan projek ini sendiri. Beliau telah menggabungkan bahagian hadapan Ferrari 365GT bersama badan Jeep Wagoneer 1969 bagi mendapatkan prestasi pemanduan cemerlang dengan kebolehan pacuan 4 roda.
Jerrari ini dibina sendiri bersama pasukannya dengan menggunakan peralatan dari Ferrari yang dimuatkan dengan enjin V8 blok kecil. Walaupun tidak sehebat mill 365 GT 2+2, ia masih mampu memacu keempat-empat roda transmisi automatik 4-kelajuan BorgWarner. Kekal dalam keadaan baik, Jerrari ini sedia untuk menjadi milik kepada pemilik barunya.
Sumber : Autoevolution