Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

OBSESI

Saiful by Saiful
05/01/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

 

Setiap orang mempunyai obsesi dalam hal tertentu. Bagi kelompok kita misalnya, ia lebih kepada dunia modifikasi secara am, sebelum boleh dipecahkan kepada kategori yang bersesuaian. Yang mau laju, sibok dengan graf dynonya. Yang minat cantik, semak dengan bodykitnya. Bagi yang obses dengan komponen tulen, topik perbualan mereka mestilah tentang jenama, koleksi rare dan orimotor!

Sebut pasal ori, kumpulan ini mempunyai kecenderungan untuk memilih komponen yang asli sahaja. Tak boleh pakai replika, nanti naik kudis katanya. Biarlah burok rentong sekalipun. Selagi benda tu rare dan ori, pasti akan direbutnya sampai berjaya. “Dah siap gosok bagai, nanti eloklah balik,” kata Shah sambil menggeleng-geleng kepala, sejurus melihat rim keretanya terpalit becak tanah tanpa sengaja.

Lancer ini milik kawan lama gua Shah, yang sedang menceburkan diri dalam bidang mengajar orang di sebuah pusat pengajian tinggi. Kerana minat, beliau juga ada mengusahakan sebuah kedai barangan hakat. Dari zaman mula kenal, Shah bukan saja seorang yang kreatif dan teliti, tapi juga obses dengan jenama yang berkait dengan Mitsubishi iaitu RalliArt. Macam-macam aksesori dikumpulnya, sama ada baru atau terpakai. Ada yang diperoleh dari rakan peminat lain, menyelongkar sendiri hakat atau menerusi bidaan secara online. Dan sebahagian aksesori tersebut, kemudiannya diterjemahkan pada kereta ini.

Sudut penampilan, datang dengan kit badan lengkap EVO VI TME. Bumper depan dengan lampu foglight tu asalnya ada sopak sikit, tapi dah dibuat semula sampai tak nampak langsung mana cacatnya. Sementara bahagian sisi, diserikan dengan sepasang cermin dari Ganador.

Setelah selesai, keseluruhan bahagian luar telah dicat semula, mirip kepada Lancer EVO VI pasukan Advan-PIAA RalliArt yang dipandu pasangan Yoshihiro Kataoka / Satoshi Hayashi. Ketika pertama kali digunakan, jentera #2 terus mencatat kemenangan dalam perlumbaan Rally of Canberra pada tahun 1999. Memey lejen lah! Tu pasal ada diecast khas yang dikeluarkan untuk kereta ini…

Sektor pengendalian dibantu set suspensi HKS Hipermax, lengkap dengan pillow ball dari Kansai Service. Untuk kasi kena dengan tema yang dibawa, bahagian roda kini dihiasi rim spender Super Advan Racing SA3R berukuran 18-inci. Nak pakai tayar gravel Yokamaha AO35 macam model asal, takut melecet pulak telinga. Maka ia digantikan dengan tayar Achilles ATR Sport yang lebih lancor peginya.

Kereta ni datang dengan nadi 6A11, sejenis enjin SOHC V6 berkapasiti 1.8-liter. Jarang benor kita nak jumpa kat sini. Kalau kena dia buat hal, memang harok dibuatnya. Mujur kita mewah dengan enjin gantian dan sebijik 4G63T dari EVO VI RS, menjadi taruhan baru Shah untuk kereta ini.

Bahagian dalam enjin belum diusik, kecuali penempatan sepasang camshaft dari enjin EVO VII. Memandangkan unit turbo asal dah goyang dan berasap, ia telah digantikan dengan turbo TD05HR-16G dari EVO VIII MR. Disertakan bersamanya sebuah penapis udara Apexi, wastegate Tial, lingkaran paip intercooler RalliArt serta injap pelepas Sard. Menguatkan lagi hantaran bahan api, proses suapan petrol dibantu pam Walbro 255 dan unit regulator dari Sard.

Rangkaian aksesori RalliArt yang dikumpul, banyak kelihatan di ruang dalam. Ada tempat duduk Recaro TME, karpet, tombol gear, pedal, side step, perehat kaki, meter utama dan stereng OMP TME-RalliArt yang sangat-sangat rare. Siap nombor siri ngan surat beranak lagi. Tu pasal boleh cecah sampai RM8-10K. Kalau ada 2 bijik dah berapa? Tambahan aksesori lain meliputi penggunaan pemain DVD Clarion-Mitsubishi serta 4 bijik meter Defi Advance BF.

Selain pada kereta, Shah juga mempunyai koleksi pakaian dan aksesori RalliArt yang lain. Punyalah banyak, naik rambang mata dibuatnya. Sampaikan yang macam Jackie Chan pakai pun ada. Tak mau jual ke? Alah benda tak rugi. Lagi lama simpan, lagi mahal reganya. Dan kemungkinan itu pasti takkan berlaku buat masa ini…

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Mohd Shahrizan Mohd Said (Shah)
  • Pengeluar – Mitsubishi
  • Model – Lancer CK6
  • Tahun – 1999
  • Enjin Asal – 6A11
  • Modifikasi Enjin – 4G63T EVO VI RS, camshaft EVO VII, turbo TD05HR-16G EVO VIII MR, penapis udara Apexi, wastegate Tial, paip intercooler RalliArt, injap pelepas Sard, pam Walbro 255, regulator Sard
  • Transmisi – Manual 5 kelajuan, klac Exedy Racing
  • Ekzos – Paip ekzos kustom, muffler HKS Hi-Power
  • Luaran – Kit badan EVO VI TME, cermin sisi Ganador
  • Suspensi – HKS Hipermax & pillow ball Kansai Service
  • Brek – Brembo
  • Rim & Tayar – Super Advan Racing SA3R 18-inci & Achilles ATR Sport 235/40ZR-18
  • Dalaman – Salinan komponen EVO VI TME, karpet, tombol gear, pedal, side step, perehat kaki & meter utama RalliArt, stereng OMP TME, pemain DVD Clarion-Mitsubishi, Defi Advance BF
  • Bengkel – Decapullet Tuneworks Inc

 

 

Previous Post

ADESSO NAMA DIBERI

Next Post

KILLERBEES TRACK DAY 2019 (KTD19)

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved