Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

ADESSO NAMA DIBERI

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
03/01/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Ada satu kereta kotak yang masih dimainkan oleh peminat Kei Jidosha tempatan. Satu model ni jer dan ia tidak mempunyai zuriat selepas pengeluarannya dihentikan pada tahun 2009. Gua sendiri pernah pakai dan ia memang memiliki kelebihan yang tersendiri. Kalau peti sejuk pun boleh angkut masa nak pindah rumah, kau rasa?

Yang dimaksudkan tentulah model Kenari, kereta yang dicetak Perodua hasil kerjasama dengan pihak Daihatsu. Diasaskan dari model Move generasi kedua, ia direka oleh kumpulan jurutera yang patuh dengan arahan pembaris, sehingga melahirkan sebuah kereta berkotak lagi meninggi. Boleh jual pulak tuh!

Hadi antara pemilik Kenari yang telah berjaya mengubah penampilan keretanya dengan cara cukup berbeza. Berbanding kit badan kebanyakan seperti RS, Aerodown, Peanut, American Metal, Casual dan lain-lain, beliau mencari kelainan menerusi pemilihan kit badan yang jauh lebih rare dan unik. Unik sesungguh, sampai gua sendiri pun tak berani nak teka. Bagi peminat yang perasan, mesti akan berpaling beratus kali melihat penampilannya yang jauh berbeza.

Untuk makluman, Kenari ini telah dipasangkan dengan kit badan Move L900 Casual versi Adesso, sebuah model edisi terhad yang hanya dikeluarkan pada musim tertentu. Berbanding model yang seangkatan dengannya, Adesso memiliki facelift lebih ranggi khasnya rekaan bumper depan dengan gril yang besar. Lebih kurang bumper klasik Move Casual DCN, tapi tanpa misai melintang di bawahnya. Bumper belakang pun sama dan ia dilengkapi pelindung tambahan pada lampu fog yang seiras bentuknya dengan bahagian depan.

Pemburuan diteruskan untuk mendapatkan aksesori luar yang lain. Ada cermin sisi half moon, reflektor belakang, cermin cromax, garnish dan lining pintu, serta unit canvas top dari Mazda 121. Paling menarik bahagian skirt sisi yang memiliki sebuah logo clover leaf dihujungnya. Ingatkan logo orang kurang upaya Yotsuba Mark, rupanya logo Quadrifoglio dari Alfa Romeo 145.

Sisipan roda menyaksikan penggunaan rim Volk Racing TE37 berserta tayar Falken Sincera bersaiz 165/55R-14. Bagi mendapatkan rupa lebih sempurna, kedudukan kereta kini direndahkan dengan set suspensi dari PRS. Bukan Pembimbing Rakan Sebaya kat sekolah Cikgu Ayu tu, tapi dari pengeluar suspensi kustom buatan tempatan. Kalau ada yang tak pernah dengor, maknanya kau tak cukup motosepot lagi…

Bahagian dalam antara yang amat ditekankan Hadi dalamproses pembikinan kereta ini. Kadang-kadang betul jugak. Buat luar cuma nak kasi orang tengok, tapi dalam untuk keselesaan diri sendiri. Bermula dengan penggunaan papan pemuka, panel pintu dan tempat duduk Move L900 Casual, diikuti rangkaian aksesori lain yang bersesuaian. Ada stereng Momo Euro, sarung tempat duduk Daihatsu, jam tenggek Move L900, penutup speaker berlampu, deretan cermin Tiffana House, serta panel interior putih yang sangat meninggal reganya.

Aksesori Hello Kitty merupakan suatu kemestian buat mereka yang ada taman dalam hatinya. Banyak jugak yang dapat Hadi kumpulkan macam karpet, pengimbas ETC, lampu petunjuk bahan api Pacman, jam konsul serta set kunci utama. Tidak ketinggalan rangkaian komponen audio jenama Carrozzeria seperti pemain utama, twitter horn, speaker satelit pada pilar B, speaker bumbung, serta speaker cermin D yang makin rare.

Tidak seperti supercar Myvi, Kenari tidak dibina untuk tujuan prestasi. Enjin pun jenis parkinson tiga silinder. Baru pikir nak tekan, rpm dah meraung jejak lantai. Bagi menyelesaikan hal ini, Hadi telah menggantikan enjin asal tersebut dengan enjin K3-VE dari Daihatsu Storia yang lebih lembut peginya. Itu pun tak buat apa. Lepas salin, sorok wayar sikit-sikit, terus jalan. Nak cecet ke mana kalau gearbox pun auto kan?

Move sudah memasuki generasi keenam dan ia masih diterima baik di pasaran Jepun. Pernah tengok model LA160 yang baru tuh? Sebijik macam Apat katik. Entah bilalah Perodua nak re-batch kembali model kereta kotak nih…

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Mohd Hadi Bin Mohd Azlan
  • Pengeluar – Perodua
  • Model – Kenari
  • Tahun – 2006
  • Engin Asal – EJ-DE 1.0L
  • Modifikasi Enjin – K3-VE (Daihatsu Storia)
  • Transmisi – Automatik
  • Ekzos – Paip kustom, tip ekzos Wolf
  • Luaran – Kit badan Move L900 Casual Adesso, cermin sisi half moon, reflektor belakang, cermin cromax, garnish & lining pintu Move L900, canvas top Mazda 121, skirt sisi Alfa Romeo 145 Quadrifoglio
  • Suspensi – PRS
  • Brek – Daihatsu Storia (depan), Daihatsu YRV (belakang)
  • Rim & Tayar – Volk Racing TE37 14-inci & Falken Sincera 165/55R-14
  • Dalaman – Papan pemuka, panel pintu & tempat duduk Move L900 Casual, stereng Momo Euro, sarung tempat duduk Daihatsu, jam tenggek Move L900, penutup speaker berlampu, cermin Tiffana House, panel interior putih, aksesori Hello Kitty (karpet, pengimbas ETC, lampu petunjuk bahan api Pacman, jam konsul, set kunci utama), sistem audio Carrozzeria
  • Bengkel – Dream Machine, Acai Caroz & Pakru Garage
Previous Post

DIESEL TERENGGANU TRUCK

Next Post

OBSESI

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved