Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

NISSAN SILVIA N/A

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
09/10/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Bila sembang pasal Nissan Silvia, ramai akan membayangkan sebuah kereta coupe berkuasa turbo yang cukup handal di atas trek drift.

Tetapi ramai tak sedar yang Silvia ni mempunyai versi tanpa turbo. Model inilah sebenarnya yang banyak dihasilkan untuk pasaran eksport. Mungkin sebab versi turbo sudah menenggelamkan model N/A, jadi tak ramai yang tahu tentang kewujudannya. Terutama di Malaysia kerana kita tidak pernah mengimport model Silvia secara rasmi.

Kalau anda ingat Silvia N/A kurang power, memang silap lah. Enjin SR20DE yang dibekalkan sebenarnya mampu menghasilkan kuasa sehingga 165hp. Dengan berat lebih kurang 1,200kg nisbah berat kuasa mampu memberikan rasa pemanduan kereta sports yang sebenar. Inilah yang jurutera Nissan mahukan daripada kereta ini.

Silvia versi S15 ini ialah model Spec-S. Pemiliknya mengekalkan enjin asal dengan sedikit pengubahsuaian. Di Malaysia, ramai pemilik Spec-S atau model Spec J dan Spec Q (Silvia terdahulu) diubah suai dengan enjin SR20DET. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa chasis model turbo agak berbeza dari segi kekerasannya berbanding dengan versi NA. Lebih kurang macam anda convert Honda EK3 jadi EK9 Type-R, rupa sama, tapi rasanya tak sama.

Enjin SR20DE diubah suai dengan menggantikan sistem penapis udara kepada penapis udara jenis Blitz jenis pod terbuka. Ini membantu enjin menghirup udara dengan lebih baik tanpa rasa sebu. Kabel-kabel plug asal diganti dengan kabel daripada Nology Hot Wire yang bertindak membawa voltan elektirk lebih besar dan stabil.

Seterusnya, gas-gas ekzos dibuang dengan aliran yang lebih baik. Terima kasih kepada ubah suai yang dilakukan terhadap sistem ekzos enjin. Manifold ekzos enjin diganti dengan manifold ekzos FGK yang disambung kepada paip ekzos rekaan custom berdiameter 2.5 inci.

Di bahagian hujung paip ekzos, peredam bunyi Blitz mengubah bunyi enjin kereta ini dari manja ala-ala Giyomi jadi garang macam John Rambo mengamuk dengan mesingan M60.

Kotak gear model Spec-S ialah manual 5 kelajuan. Walaupun enjinnya tidak ada turbo, sistem LSD tetap didatangkan secara standard. Untuk bahagian ini, pemilik hanya menggantikan klac asal kepada klac Exedy Racing. Lain semua standard lagi.

Satu perkara menarik tentang S15 sudah tentulah pengendaliannya. Sewaktu zaman kegemilangannya, ia bersaing dengan banyak kereta sports yang hebat seperti Mazda RX7, Toyota Celica dan Honda S2000.

Jadi, pengendalian kereta sememangnya dititikberatkan oleh jurutera Nissan. Model ni sememangnya mempunyai daya kawalan yang baik. Kalau tak, takkan boleh jadi jentera drift yang paling sukses, ye tak?

Untuk memantapkan lagi pengendalian kereta coupe FR ini, penyerap hentak asal sudah diganti dengan penyerap hentak boleh laras Tein. Di bahagian hadapan, siap dengan kit pillowball boleh laras.

Rim-rim asal pun ditukar dengan rim Rays Engineering GramLight bersaiz 17 inci. Tayar pula ialah Bridgestone Playz bersaiz 215/45/17. Brek? Masih standard dengan angkup brek 4 pot pada roda hadapannya.

Bodykit yang digunakan ialah antara bodykit yang paling hensem dalam pasaran. Kit Vertex ini datang lengkap dengan bampar depan, skirting sisi, apron belakang dan spoiler bonet belakang. Cermin sisi daripada Ganador. Bagi menambah kegarangan kereta, cat oren mutiara dilayangkan.

Pada bahagian dalam, boleh dikatakan tak disentuh, kecuali stereng Momo Race. Itupun dah koyak…

Sebenarnya, memang susah nak jumpa Silvia versi NA dijual di pasaran terpakai sebab kebanyakannya dah disumpah jadi Spec R. Ingat nak cari juga kereta dengan harapan harganya murah. Tapi, tinggal harapan je laa… Guna je la Nissan Grand Livina tu…

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

CIVIC EK COUPE – INI BETUL AMERICAN METAL!

Next Post

HONDA ACCORD WAGON

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved