Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

CIVIC EK COUPE – INI BETUL AMERICAN METAL!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
07/10/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Tidak tahu kenapa, bila tengok kereta ini, saya teringat pada Bruce Springsteen, ikon rock & roll dari Amerika Syarikat (AS).

Penyanyi ini amat digemari oleh golongan kelas pekerja, terutama yang bekerja di kilang-kilang industri berat di Detroit. Mungkin sebab lagu-lagunya banyak menyentuh kisah dan masalah-masalah golongan ini. Terutama pada lewat era 1970-an dan awal 1980-an, ketika ekonomi di AS boleh dikatakan sakit.

Apa kena-mengena Civic Coupe dengan Bruce Springsteen? Kisah duka pekerja sektor automotif di AS akibat yang diberhentikan kerja akibat kebanjiran kereta import. Kereta dari Jepun yang lebih murah dan berkualiti membuatkan kerajaan AS mengetatkan syarat import kereta-kereta tersebut bagi membantu golongan pekerjanya.

Pada masa yang sama, AS juga tidak mahu mengeruhkan hubungannya dengan Jepun. Jadi, jadi apa yang negara Uncle Sam itu lakukan adalah mengajak pengeluar kereta dari Jepun membuka kilang mereka di AS, dengan syarat pekerja-pekerjanya mestilah orang AS sahaja.

Salah satu kilang yang dibuka pada masa itu ialah kilang Honda. Produk dari kilang Honda AS bukan saja dipasarkan di pasaran tempatan, malah ada juga yang dieksport semula ke Jepun.

Model dengan nama Acura ialah produk dari kilang Honda AS yang terkenal. Saya rasa pengguna di Malaysia boleh merasa memandu kereta Honda AS kalau anda ada kereta macam Civic ini. Kalau tengok dari arah hadapan, Civic EK ini nampak macam Civic EK yang lain. Tetapi dari tepi baru nampak kelainannya – dua pintu coupe.

Civic dengan chasis coupe dibina secara ekslusif oleh Honda Amerika. Malah model yang dijual di Jepun turu diimport dari AS. Amat beruntung pemiliknya, Zamer kerana dapat membeli Civic yang cukup susah dijumpai di Malaysia, kira rare item la juga.

Sebelum ini saya pernah nampak kembar kereta ini dengan pemanduan sebelah kiri, mungkin mamat tu bawa balik dari AS. Kalau model pandu sebelah kanan, sah lah model yang diimport dari Jepun.

Enjin asal yang dibekalkan untuk Civic coupe hanyalah enjin D16, enjin 1.6 single cam VTEC yang agak berkuasa. Tapi mana boleh lawan enjin siri B kan? Sebab itulah Zamer dengan pantas menggantikan enjin asal dengan enjin B16A DOHC VTEC. Enjin yang diambil daripada half-cut EG senang sahaja dimuatkan ke dalam ruang enjin Civic ini.

Ubah suai yang dilakukan tidak terlalu banyak, semuanya barang bolt-on sahaja. Penapis udara asal enjin diganti dengan penapis Hurricane. Kabel palam pencucuh enjin diganti dengan kabel daripada Nology. Hos-hos vakum enjin diganti dengan hos silikon dari Elevo Racing. Kotak gear Civic ini pula didatangkan dengan sistem LSD standard dengan nisbah akhir gear 4.4. Barang lain semuanya tidak diusik, hatta sistem ekzos kereta pun standard lagi!

Nasib baik kereta ini direndahkan supaya nampak lebih sporty. Untuk tujuan itu, Zamer menggunakan set penyerap hentak boleh laras Buddy Club. Penyerap hentak ini katanya cuma boleh dilaras ketinggian sahaja, tahap kekerasan tidak boleh dilaas.

Sebelum memilih rim apa yang sesuai, Zamer terlebih dahulu menggantikan brek asal dengan brek Civic EK9 Type-R yang mempunyai knuckle lima lubang berbanding empat. Selepas siap ganti brek, barulah Zamer memasang rim SSR Type-C bersaiz 15 inci dengan tayar Toyo T1R 195/55/15.

Civic yang sempoi ni kemudiannya diberi muka baharu. Bahagian depan disalin dengan muka penuh Civic EK spec 99 yang cukup mudah untuk dipasang. Lips bampar depan, skirting tepi dengan apron bumper belakang yang pada mulanya saya ingat barang aftermarket, rupa-rupanya barang standard asal Civic ini, termasuklah spoiler belakang itu. Satu lagi barang standard kereta Civic spec AS atau USDM ialah side marker pada bampar belakang, barang original okey!

Pada bahagian dalam, Civic ini boleh dikatakan sebagai masih standard. Aksesori USDM yang paling ketara ialah gugusan meter yang memberi bacaan kelajuan MPH dan ada sepasang beg udara standard.

Sebuah turbo timer klasik dari Pivot pun dipasang. Saja suka-suka sebab Civic ini mana ada turbo. Nak menyedapkan lagi mata memandang, tombol gear Momo dipasang bagi menggantikan tombol gear asal.

Saya rasa, kalau anda peminat tegar trend USDM, kereta ini sememangnya jadi pujaan. Orang Jepun main barang USDM pun carik kereta macam ni tau…

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MITSUBISHI GALANT SIGMA

Next Post

NISSAN SILVIA N/A

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved