Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Nilai Sebuah Honda CR-X

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
22/03/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Harga Honda CR-X generasi kedua siri EF ini nampaknya semakin naik, terutama jika ia merupakan model EF8.

Saya masih teringat kata-kata manis seorang jurujual kereta tempatan kepada abah saya bahawa membeli kereta adalah satu pelaburan. Ye la sangat. Membeli kereta bukan macam beli rumah yang harganya naik setiapp tahun.

Kereta hari ini bayar RM50,000, keluar sahaja bilik pameran terus jatuh harga dekat RM10,000. Bagi saya, beli kereta kita menang memakai sahaja, kalau nak harapkan keuntungan jangan mimpi laa…

Tetapi kadang-kadang, nasib boleh menyebelahi kita. Kereta yang dahulunya dibeli pada harga RM20,000 boleh jadi RM50,000. Contoh terbaik ialah Toyota AE86. Kereta itu dilancarkan semasa saya masih bersekolah rendah. Kalau tidak silap, harga jualannya lebih kurang RM50,000.

Kalau hendak diikutkan, angka itu memang mahal. Sebab kereta zaman itu harga purata sebuah kereta cuma dalam RM20,000 sahaja sebuah. Namun. selepas hampir 30 tahun, kereta tersebut masih dijual pada harga yang sama. Malah ada kalanya, lagi mahal!

Jika anda peminat Honda, jangan risau. Ada juga permata yang bakal menjadi klasik satu masa nanti (ataupun sebenarnya sudah bermula). Mungkin ramai antara kita yang tak mampu nak beli Honda NSX, kereta yang saya yakin menjadi bahan koleksi satu masa nanti.

Tetapi kalau anda sekarang ada menyimpan Honda CR-X generasi kedua (siri EF), baik simpan baik-baik. Sebab? Saya ni jenis rajin juga tengok laman web jualan kereta. Saya memang perasan harga CR-X model itu makin hari makin naik, terutamanya kalau dalam geran mengesahkan bahawa ia daripada model EF8.

Model EF8 merupakan model yang menggunakan enjin B16A. Hakikat itulah yang membuatkan kereta tersebut amat bernilai. Pada anda yang perasan kereta itu masih baru, sedar tak Honda siri EF menyambut ulang tahun ke-25 pada tahun ini?

Saya tidak salahkan siapa-siapa kalau ada yang rasa kereta itu masih baru. Masakan tidak, reka bentuknya mendahului zaman. Malah teknologi yang digunakannya masih dianggap hebat hingga ke zaman ini. Kalau ikut undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta itu sudah layak untuk mendapat status klasik dan boleh dapat diskaun cukai jalan!

Jadi memang bertuah la Encik Aidil kita ni sebab memiliki sebuah CR-X EF8 yang asli. Kereta yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 1991 itu sejujurnya nampak macam baru sampai ke Pelabuhan Kelang – cantik dan bersih. Keadaan kereta macam ni membuatkan saya rasa teruja dan bersemangat nak tulis karangan.

Baiklah, macam biasa, kita mulakan dengan bahagian enjin. Macam saya ada bagitau awal-awal tadi, model EF8 didatangkan dengan enjin B16A dari kilang. Tetapi untuk CR-X ini, Aidil sudah menaik taraf enjin apabila menggantikannya dengan enjin B16B – enjin Civic EK9 Type-R.

Enjin B16B memang secara kasar nampak sama dengan enjin B16A yang diganti. Namun, jurutera Honda telah membikin enjin itu dan melonjakkan kuasanya kepada 180hp berbanding 160hp pada enjin B16A biasa.

Enjin yang boleh dikatakan memiliki paling banyak performance parts untuknya sedikit dipertingkatkan oleh Aidil. Walaupun blok dan kepala silindernya tidak diusik, bahagian inlet kemasukannya sudah diganti dengan inlet Skunk2 dan bersama-samanya ialah throttle body daripada Super 90. Penapis udara asal pun telah diganti dengan penapis udara daripada Mugen yang disambung ke throttle body menggunakan paip keluli tahan karat buatan custom.

Sistem pendawaian enjin pula disorokkan dari penglihatan. Dalam proses yang orang putih gelarkan “wire tuck”, sebab itulah anda tidak nampak wayar-wayar yang berserabut sebab semuanya dah disorok dengan jayanya.

Hos-hos radiator dan hos vakum diganti kepada hos silikon daripada Samco, termasuklah radiator asal yang diganti dengan radiator aluminium. ECU enjin dinaik taraf dengan cip dari Skunk2, sebelum dilaras menggunakan sistem ECU piggyback jenama A’PEXi V-AFC.

Tidak lengkap ubah suai enjin VTEC kalau sistem ekzos tak diganti. Untuk projek CR-X ini, Aidil menggunakan sistem manifold ekzos 4-1, paip ekzos saluran terus buatan custom dan diakhiri dengan peredam bunyi J’s Racing. Memang cara bak kata orang Johor…

Kotak gear B16B yang disalin sekali ke kereta itu nampaknya sudah berubah sifat sedikit. Klac asal diganti dengan klac Ogura Super Single bersama flywheel yang diringankan. Nisbah gear pun sudah ditukar dengan set nisbah gear pendek (short ratio) M’s Factory yang menggunakan nisbah akhir 3.4.

Dari segi pengendalian pula, CR-X ini diubahsuai dengan penyerap hentak boleh laras Tein Flex dan lower arm belakang Skunk2 pada bahagian belakang. Tayar-tayar daripada Dunlop Sport bersaiz 195/50 membaluti rim-rim Volk Racing TE37 berdiameter 15 inci yang banyak membantu CR-X ini terus melekat di atas jalan raya.

Kalau tengok bab penampilan, CR-X ini memang bersih dan kemas – tanda restorasi yang sempurna. Pada bahagian luaran, CR-X ini mengekalkan ciri-ciri standard kilang tanpa sebarang modifikasi.

Bahagian dalamannya pun boleh dikatakan sama, cuma ada penambahan beberapa aksesori yang membuatkan kereta itu lebih istimewa. Aksesori jenis bolt-on melibatkan stereng Momo, tombol gear Skunk2 dan pedal pendikit Mugen. Satu set meter jenama Defi juga dipasang pada papan pemuka yang memberi bacaan tekanan pelincir, suhu air dan suhu pelincir.

Nasihat saya kepada pemilik-pemilik CR-X EF8 ori, simpan kereta itu baik-baik. Jangan nak merempit lagi dan modified jangan over. Nilai kereta anda ada potensi jadi macam AE86…

SPESIFIKASI

      • Model – Honda CRX EF8
      • Enjin Asal: B16A 16000cc DOHC VTEC
      • Ubah suai enjin: B16B 1600cc DOHC VTEC Type-R, manifold kemasukan Skunk2, throttle body Super 90, penapis udara Mugen, wire tuck, hos silikon Samco, radiator aluminium
      • ECU: Cip ECU Skunk2, A’PEXi V-AFC
      • Sistem ekzos: Manifold spec JASMA 4-1, paip tengah custom, peredam bunyi J’s Racing
      • Kotak gear: Standard B16B, klac Ogura Super Single, nisbah gear pendek 3.4 M’s Factory
      • Sistem Gantungan: Tein Flex, lower arm belakang Skunk2
      • Sistem Brek: Standard EF8
      • Rim / Tayar: Volk Racing TE37 15” / Dunlop 195/50
      • Luaran: Standard EF8
      • Dalaman: Standard EF8, stereng Momo, tombol gear Skunk2, pedal pendikit Mugen, meter Defi 3 serangkai

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Perdana kelabu

Next Post

MINI KLASIK ENJIN JEPUN

CAPAIAN

  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved