Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MYVI BOON JDM BOON JADIAN

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
03/07/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Bila sebut nama Myvi mesti ada yang angkat kening dan tak kurang juga yang terus tarik muka masam. Kira love and hate relationship la ni. Kereta terlaris di Malaysia ni memang ramai peminat tapi ia juga mempunyai haters yang agak ramai.

Bukan salah kereta pun tapi namanya diburukkan oleh segelintir pemandu yang mempunyai sel otak yang tak berhubung. Tapi kita ketepikan isu dan fokus kepada Myvi jadian yang menjelma menjadi Daihatsu Boon Custom ni.

Myvi milik Azizi Ismail yang juga dikenali dengan nama Oto ini memang sangat unik. Kenapa kami kata unik? Boleh terbang ke? Takdelah sampai boleh terbang tapi Boon jelmaan ini menggunakan aksesori penuh dari katalog asal Daihatsu Boon Custom Japan. Korang rasa berapa modal nak kumpul semua aksesori ni. Banyak tuan-tuan, banyak.

Myvi ini asalnya ialah Myvi generasi pertama keluaran tahun 2007 dengan enjin 1.3L yang dipadankan dengan gear automatik yang memang membuatkan kereta ini cukup lemau sewaktu hendak memotong ataupun mendaki bukit. Penyelesaiannya ialah dengan bertukar kepada enjin Daihatsu 3SZ VE 1.5 AT.

Enjin baru ini merupakan enjin empat selinder dengan sesaran yang labih besar (1495cc) dan semestinya lebih bertenaga daripada enjin asal. Keseluruhan bahagian dalaman enjin dikekalkan standard tetapi semua gasket ditukar baharu untuk mengelakkan sebarang kebocoran di kemudian hari. Semua nat dan skru dicelup dengan krom dan skru titanium menjadi pilihan Oto menggantikan skru logam asal. Semua sistem pendawaian diperkemaskan dan bateri dialih ke bahagian belakang.

Intake manifold custom digunakan dan digabungkan dengan throttle body asal 3SZ 1.5. Injector Vios digunakan menggantikan ienjector asal manakala cover coil plug dan cover fuel rail adalah versi custom.

Ruangan enjin kini nampak lebih bergaya dengan penggunaan penutup radiator D-Sport dan penutup head cover D-Sport. Bar enjin CF Cusco Japan memberikan lebih kestabilan dan hos-hos tekanan tinggi digantikan dengan set steel braided. Clip hose APP set digunakan untuk mengikat hos dan ekstraktor yang digunakan juga adalah keluaran D-Sport.

Gearbox dan klac dikekalkan dalam keadaan standard 3SZ 1.5 skru yang mengikatnya dicelup dengan krom terlebih dahulu agar kelihatan lebih kemas dan bersih.

Kestabilan Myvi Boon ini kini lebih terjamin dengan gandingan penyerap hentak Kayaba RS Ultra dan spring sport RSR Japan. Memang ia lebih keras berbanding standard tapi memang perlu kalau nak layan lap sekali sekala. Tapi kalau bawa emak gi pasar memang kena bebel la.

Kuasa henti Myvi Boon memang berada pada tahap tertinggi kerana ia menggunakan angkup Endless 6-pot dan brek pad Endless original. Rotor 2-piece baru bersaiz 289mm ni bukan hanya cantik tetapi memang menawarkan cengkaman yang sangat luar biasa tuan-tuan.

Brek mahal kenalah bergandingan dengan rim dan tayar berkualiti. Oto memilih rim TE37 dengan centre cap Type B yang kemudiannya dibalut dengan tayar-tayar Yokohama AD08 bersaiz 195/55/15.

Ok. ini dia kekuatan sebenar Myvi Boon ini pada bahagian luaran. Ia dilengkapi dengan bodypart Boon Custom 2008 siap dengan lampu HID boleh laras dan auto levelling. Mahal benda ni kau. Bukan itu sahaja, kesemua komponen lain yang dapat dilihat pada bahagian luaran kereta ini semuanya dibeli baharu dan bukannya barang-barang halfcut. Yaa, beli baharu boh. Senarai penuh tengok pada bahagian spesifikasi kat bawah.

Bahagian dalaman lagi super dahsyat dan rare. Barang-barang Daihatsu Ori Katalog memang cukup lengkap itu belum campur lagi dengan aksesori tambahan yang memang sangat-sangat lengkap dan mewah pernah dipasang pada sebuah Myvi jadian.

SPESIFIKASI

      • Pemilik – Azizi Ismail (Oto)
      • Pengeluar – Perodua
      • Model – Myvi 1.3 AT (1st Model)
      • Tahun – 2007
      • Engin Asal – 1.3 EZI
      • Enjin baru – 3SZ VE 1.5 AT
      • Modifikasi Enjin – Dalaman standard, semua gasket ditukar baru, skru dan nat celup krom, skru titanium, bateri alih ke belakang, injector Vios.
      • Transmisi – stok
      • Ekzos – D-Sport Japan.
      • Luaran – Bodypart Boon custom 08 Headlamp HID Adjuster 08 auto lavelling/ Lip custom depan belakang CF/ Cover headlamp daihatsu new item/ Scoop X4 new item/ Bumper step Boon new item/ Lining crom pintu new item / Frame plate Daihatsu kondom Biru/ Wiper PIAA CF/ Windscreen 2 tone/ JAF grill new item/ Cermin sisi biru/ Cover crom signal mirror new item.
      • Suspensi – KYB Sports Ultra dan Spring sport RSR Japan.
      • Brek – Endles 6-pot, rotor 289mm (2-piece), pad brek Endless ori.
      • Rim & Tayar – TE37 & Yokohama AD 08.
      • Dalaman – Sistem start keyless Boon Japan/ Cover keyless crom item rare/ Panel marble ori katalog Boon custom/ Steering Daihatsu ori katalog marble Boon custom/ All interior wrap CF/ Defi BF amber red 4 beradik N.A/ Defi OLED/ RSM APEXI/ Assura Japan/ Tiffana Snowboard ibu anak biru/ Sticker Jaf 10/20/30/40/krismas ori Japan/ Ketupat alarm/ Corner sensor/ Autolight/ autostart/ Murakami auto flip ori katalog Boon/ Murakami mirror down ori katalog boon/ Lampu kaki lampu hijau ori katalog Boon/ Lampu kaki pillar biru/ Lampu tray biru ori katalog boon/ Led back answer ori katalog Boon/ Side step Boon/ Baby chair new item Japan/ Sarung blkng seat passanger ori katalog Boon Japan/ Pemegang baby seat belakang ori katalog Boon/ Ionizer atas bumbung Boon/ Ionizer bawah/ Xray Daihatsu new item Japan/ Carpet kaki tag besi Boon/ Cover pemanas windscreen Daihatsu new item Japan/ Padel 3pcs ori katalog Boon/ Payung D-Sport/ Bar dalam D-Sport/ Carpet Bonet Boon/ Tong ikan bonet Boon/ Box Daihatsu/ First aid emergency Japan
      • Audio full Carrozzeria – Player Carrozzeria Japan/ Tweeter Carrozzeria klcc complete crossover TS-ST910/Center speaker Carrozzeria complete AMP TS-CH700A/ Underseat Carrozzeria TS-WX130DA/ Satellite tengah TS-STH1100/ Satellite lampu biru belakang Carrozzeria TS-STH700 2 way/ Speaker alien Carrozzeria 4 bji TS-MY1/ Speaker dashboard & Speaker pintu Carrozzeria/ Antenna GPS VICS
Previous Post

HONDA CIVIC K24

Next Post

Kerjasama Baharu Zurich Malaysia Permudahkan Pembaharuan Cukai Jalan Dan Pembelian Insurans Kenderaan

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved