Honda Civic memang satu nama yang sangat sinonim dengan anak-anak muda. Tanyalah mana-mana budak baru nak up memang tak ada kereta lainlah yang menjadi idaman mereka. Mana yang jiwa lembut sikit tu mungkin terlebih minat ke Honda Jazz tapi Civic tetap mempunyai kelompoknya yang tersendiri.
Ini mengenai Honda Civic EJ yang dimiliki oleh Pocek dan merupakan model keluaran tahun 1999. Kira sebelum millennium la ni tapi satu kelebihan Civic ni ialah kereta masih kelihatan evergreen dan tidak menampakkan ianya sudah berusia lebih 20 tahun. Kalau kena cara bikin setakat nak pakai 20 lagi pun takde hal punyalah.
Bila sudah berusia lebih 20 tahun sudah pasti prestasi enjin asal tidak lagi selancar dan sebaik ia keluar dari kilang. Jadi enjin asal terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada enjin baru yang lebih moden, lebih power dan memang jauh lebih berkuasa. Pocek memilih enjin K24 Honda Integra DC5 yang sangat popular di kalangan bangsa H. Opps.
Enjin ini diberi peningkatan dari segi kuasa dengan menukar komponen-komponen asal kepada komponen aftermarket untuk lebih ummph. Blok asal K24 masih dikekalkan tetapi piston asal digantikan dengan piston keluaran Wiseco. Conrod Skunk2 dipilih kerana ia memberikan prestasi yang lebih baik berbanding conrod asal.
Head asal DC5 turut dikekalkan manakala camshaft juga telah ditukar kepada keluaran Skunk2. Valve asal turut dikeluarkan untuk memberi laluan kepada valve keluaran Supertech.
Untuk sound effect yang lebih menarik dari ruangan enjin. Civic EJ ini kini menggunakan intake manifold 4 Throtle yang digandingkan dengan throttle body Drag Cartel. SUdah pasti ia akan memberikan sedikit anjakan kuasa pada enjin baru ini.
Sistem pengurusan enjin baru ini diserahkan kepada ECU Hondata yang memang sudah cukup sinonim dengan enjin-enjin berprestasi tinggi keluaran Honda.
Apa guna menggunakan enjin yang power jika semua kuasa tersebut tidak dapat disalurkan dengan sempurna ke bahagian tayar. Klac asal dikeluarkan dan kini digantikan dengan klac OS Giken yang memang sesuai untuk menampung kenaikan kuasa pada EJ milik Pocek ini.
Ekzos JS Racing melengkapkan pakej kuasa manakala sistem gantungan kini lebih mantap dan keras dengan penggunaan penyerap hentak Tein boleh laras.
Enjin kalau dah power memang sudah nak dihentikan dengan sistem brek standard. Jadi Pocek memilih set brek Spoon dengan cakera-cakera keluaran Mugen. Bukan kaleng-kaleng ni okey.
Bahagian luar nampak bersih dan kemas dengan bodykit EK spec 99 Virs selain rim TE37 dan tayar 888R. Bahagian dalaman juga banyak menggunakan komponen Virs dan ditambah pula dengan tempat duduk Recaro memang sesuai dan masuk dengan tema Honda Civic EK K24 ini.
SPESIFIKASI
- Pemilik – Pocek
- Pengeluar – Honda
- Model – Civic EJ
- Tahun – 1999
- Enjin baru – K24 Integra DC5
- Modifikasi Enjin – Piston Wiseco, conrod Skunk2, camshaft Skunk2, valve Supertech, intake manifold 4 Throttle, throttlebody Drag Cartel dan ECU Hondata.
- Transmisi – gear ratio gear X 3,4,5,6 dan klac OS Giken.
- Ekzos – JS Racing
- Luaran – Virs
- Suspensi – Tein
- Brek – Spoon dan rotor Mugen
- Rim & Tayar – TE37 & 888R.
- Dalaman – Virs dan tempat duduk Recaro.
- Bengkel – –