Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MUGEN FREAK

Saiful by Saiful
03/12/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Selepas model lincah EK9 dihentikan, peminat Civic dan Type R dihidangkan pula dengan model EP3 yang lebih moden. Diasaskan dari Civic Si generasi ketujuh untuk pasaran Eropah (EDM), ia dibina oleh Honda UK di Swindon, tapi menerima enjin K20A yang telah siap dipertingkatkan dari Honda Jepun. Lepas siap dipasang, ia kembali dieksport ke Jepun sebagai unit CBU sepenuhnya. Pelik? Tak jugak, sebab Civic FN2, FK2 dan beberapa model lain juga dibuat dengan cara yang sama.

Kerana jumlah yang dibawa masuk agak terhad, kita lebih terdedah kepada model Civic ES atau Integra DC5 sebagai pilihan kepada peminat Type R. Belum sempat EP3 ni nak popular, pasaran tempatan diserang pulak dengan model CBU FD2R. Dah jadi gitu, lagi rare ler jadinya. Sampaikan pengimport kereta terpakai pun pikir banyak kali nak bawak masuk.

 

Antara yang berpeluang memiliki model rare ini ialah Iskandar. Bukan saja rare, ia juga telah dimanjakan dengan komponen keluaran Mugen di sana-sini. Minat bebenor, sampaikan skru yang ikat nombor plet tu pun Hirotoshi Honda yang punya. Kalau ada yang kurang nampak, meh kita tinjau satu-satu…

Kelibatnya sebagai hatchback 2-pintu yang pelik, sudah cukup untuk menarik perhatian ramai. Tak perlu tampal stiker tak tentu hala dan ia terus kekal dengan imej sleek seperti yang sepatutnya. Sebagai tingkat taraf kepada sektor aerodinamik, terdapat 3 komponen utama yang dipasang iaitu lip depan, grill dan spoiler boleh laras dari Mugen.

Civic EP3 didatangkan dengan sistem suspensi jenis Mac Pherson yang lebih ringkas. Is cuba meningkatkan kemampuan pengendalian kereta ini, menerusi pemasangan set suspensi Mugen Showa. Begitu juga dengan sistem hentian yang menerima sepasang kaliper brek Mugen di bahagian depan beserta rotor dari Project MU. Sebagai pelengkap, bahagian roda diisi rim Mugen MF10 berukuran 17-inci, sebelum disaluti tayar gigit Bridgestone Potenza bersaiz 225/45ZR-17 setiap satu.

Kereta ini datang dengan enjin K20A i-VTEC spesifikasi JDM, yang mampu menghamburkan kuasa sekitar 215 PS. Tinggi jugaklah untuk semua mesin aspirasi normal. Ia telah diimbang sepenuhnya, memiliki binaan manifold kemasukan dan ekzos yang berbeza, camshaft berprofil tinggi, piston dengan nisbah tekanan tinggi, serta unit ECU yang telah diprogram semula.

Dengan kelebihan tersebut, Is belum berhajat untuk mengusik enjin ini tanpa usul periksa. Belum meragam katanya, akan datang tak tau ler. Yang ada cuma beberapa aksesori Mugen seperti kotak udara, penutup minyak enjin dan penutup radiator bertekanan tinggi. Paling ngilu, Is berjaya mendapatkan unit ECU Mugen yang tidak memiliki sebarang had untuk tujuan talaan.

Kotak transmisi mengandungi unit LSD helical serta flywheel jenis chrome-moly yang sedia ringan. Ia dicekapkan lagi dengan penggunaan set klac loceng dari OS Giken. Bagi mengekalkan imejnya yang malu-malu kucing, sistem ekzos telah dihubungkan kepada sebuah muffler jenis twin loop dari Mugen.

Identiti dalaman kekal dengan tema merah Type R, sambil dihiasi aksesori Mugen untuk tombol gear, stereng dan cermin pandang belakang. Tinggal tempat duduknya ajer yang belum Mugen. Terpaksalah Is berpuas hati dengan set Recaro Integra DC5 buat sementara waktu. Meter-meter tambahan memang kurang perlu, kecuali penggunaan unit VSD dari Defi-Link.

Walaupun dibayangi kehebatan model-model terkini, memiliki sebuah kereta yang rare seperti ini sebenarnya lebih memberi kepuasan. Nak kasi bagus boleh jer bikin. Tapi status, bukan sesuatu yang boleh dijual beli. Nampak…

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Iskandar (#bomugen)
  • Pengeluar – Honda
  • Model – Civic EP3 Type R
  • Tahun – 2002/2005
  • Enjin Asal – K20A
  • Modifikasi Enjin – Kotak udara, ECU, penutup minyak enjin & penutup radiator Mugen
  • Transmisi – Manual 6-kelajuan, klac OS Giken Super Single
  • Ekzos – Muffler Mugen Twin Loop
  • Luaran – Lip depan, grill & spoiler boleh laras Mugen
  • Suspensi – Set suspensi Mugen Showa
  • Brek – Kaliper brek Mugen & rotor Project MU (depan)
  • Rim & Tayar – Mugen MF10 17-inci & Bridgestone Potenza RE003 225/45R-17
  • Dalaman – Tombol gear, stereng & cermin pandang belakang Mugen, tempat duduk Recaro Integra DC5, Defi-Link VSD
  • Bengkel – My Garage & Mie Kecik, Kemaman

 

 

 

 

Previous Post

RRRRR…

Next Post

MONKEY DRAGSTER

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved