Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MTHUSIAST’S TRIBUTE

Saiful by Saiful
28/10/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Kereta ini adalah revolusi terbesar BMW 5 Series terhadap format dan tradisi rekabentuk. Sewaktu kemunculan E60 rekaan Chris Bangle ini, ia pernah dikritik hebat oleh peminat BMW sebagai sesuatu yang tidak bersifat BMW. Walaupun dikecam teruk, E60 akhirnya berjaya membuktikan sesuatu…

Tau tak yang E60 merupakan model 5 Siries paling laris pernah dijual oleh BMW? Ia juga telah dijelmakan dalam versi M5, dengan enjin S85 V10 beserta transmisi manual 6-kelajuan atau SMG III. Takde BMW sedan lain yang pakai enjin ni dan ia pernah menjadi sedan terpantas sewaktu diperkenalkan.

Baiklah. Di negara yang menjual kereta pada harga meninggal dunia seperti Malaysia, membeli sebuah E60 pekak pun sudah cukup untuk menjadikan kau kelihatan seperti seorang ahli perniagaan atau tokey MLM yang berjaya. Tapi adakah itu sudah memadai?

Sudah tentu tidak. Bagi peminat BMW yang cintakan prestasi, E60 memang sebuah kereta yang cantik tapi agak perlahan. Nak beli model berprestasi seperti M5, mungkin memaksa kau menggadai tanah. Jadi sebahagian dari mereka, ada cara tersendiri untuk meningkatkan lagi kemampuan kereta ini.

Kami bawakan kepada anda, kisah di sebalik kisah yang jarang diceritakan. Cerita tentang seorang enthusiast, yang cukup cekal menghadapi dugaan hidup. Untuk makluman semua, kereta ini sebenarnya dimiliki oleh seorang sahabat yang baru saja kembali ke Rahmatullah pada bulan Ogos lalu. Namun atas nama persahabatan, ia tetap disiarkan di sini sebagai menghargai semangat yang ada dalam dirinya.

Pemilik asal namanya Hafzal atau lebih mesra dengan panggilan Bob. Di kalangan rakan-rakan yang mengenali, beliau disifatkan sebagai seorang yang sangat gigih. Kalau buat sesuatu, mesti sungguh-sungguh. Sakit demam masih semangat turun gathering. Main Vespa sampai bukak kedai specialist. Begitu juga dengan proses pembikinan kereta ini. Buat sementara waktu, ia kini dijaga adiknya Hazrul, sebagai meneruskan legasi yang telah beliau ditinggalkan.

Sewaktu hayatnya, kereta ini dibina atas desakan untuk membuktikan bahawa ia bukan saja sesuai untuk tujuan bisnes atau dibawa ke padang golf. Kerana itu, arwah Bob cuba untuk menjadikan E60 miliknya ini jauh lebih baik dari segi kuasa serta prominen pada rupanya.

Dari kilang, kereta ini dibekalkan dengan enjin 6-silinder sebaris jenis M54B25 berkapasiti 2.5-liter, yang mampu menghasilkan 190PS kuasa serta 237Nm tork. Walaupun cukup untuk menggerakkan sedan premium ini dengan selesa, ia masih kekurangan tork sewaktu memecut. Enjin M5 bukan pilihan di sini. Jadi apa yang boleh dibuat ialah mencari jalan singkat untuk tetapkan tork lebih kuat pada rpm rendah. Dah tentulah kena pasang force induction. Turbo ke? Oh, tidak…

Kereta ini telah dipasangkan dengan kit supercharger ESS Tuning yang telah ditingkatkan sehingga Stage 3. Di sebelah Amerika, kit supercharger seperti ini cukup terkenal sebagai pilihan terbaik untuk meningkatkan kuasa secara mudah. Ia datang dengan kit lengkap yang mengandungi unit twin screw Lysholm supercharger, intake manifold jenis cast aloi, throttle body, set penyuntik bahan api Bosch, drive belt dan pulley, serta segala komponen aplikasi yang berkaitan.

Penerimaan udara datang dari kit penapis udara Simota, yang jelas kelihatan di bahagian grill hadapan. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kit water-methanol dari Snow Performance yang akan mengurangkan lagi suhu kemasukan udara. Jasi tak perlulah pakai intercooler bagai. Memastikan peningkatan baru ini boleh diterima, perjalanan enjin kini ditala menggunakan perisian ECU juga dari ESS Tuning.

Seperti kereta-kereta yang sememangnya laju, rupa luaran mesti dibuat nampak laju juga. Untuk itu, E60 ini telah dipasangkan dengan kit badan Lumma CLR500RS yang lebih kembang. Ia kemudian digandingkan dengan beberapa kemasan karbon fiber pada bahagian papan plet belakang, spoiler bumbung dan boot, sebelum ditempa dengan tema warna BMW Motorsport di bahagian sisi depan dan belakang.

Perkara kedua yang penting selepas bodykit ialah rim. Tak guna kau pakai bodykit kembang tapi rim kompang. Oleh itu, ia telah dipasangkan dengan rim 20-inci BBS CK dan disaluti tayar Toyo Proxes T1R bersaiz 245/35ZR-20 di depan dan 285/35ZR-20 untuk belakang.

Bahagian dalam kelihatan mewah dengan kemasan berwarna light grey. Untuk memberi lebih keselesaan, tempat duduk depan digantikan dengan set Recaro yang dibalut semula. Penggunaan aksesori karbon fiber dan M Sport di bahagian tertentu, menambah rasa mewah yang diinginkan.

Modifikasi kereta ini menterjemahkan betapa minat, boleh mengatasi segalanya. Bagi yang mengenali arwah Bob secara peribadi, ia tentang perjalanan hidup dan kesungguhan beliau melihat sesuatu itu sempurna sebaik saja ia bermula. Kerana itu, tidak hairanlah jika beliau berjaya menukar sebuah sedan premium yang bosan seperti ini, menjadi lebih sporty dan memukau.

Jika itu ketentuanNya, siapalah kita untuk cuba menidakkannya. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Hafzal Izam Bin Abdul Murad. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin…

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Mohd Hafzal Izam Bin Abdul Murad
  • Pengeluar – BMW
  • Model – E60 525i
  • Tahun – 2006
  • Enjin Asal – M54B25
  • Modifikasi Enjin – Kit ESS Tuning supercharger (stage 3), penapis udara Simota, water-methanol Snow Performance, perisian ECU ESS Tuning MS43/45
  • Transmisi – Automatik 6-kelajuan
  • Ekzos – Kit ekzos Super Sprint & muffler berkembar
  • Luaran – Lumma CLR500RS wide bodykit, papan plet belakang, spoiler boot & spoiler bumbung karbon fiber, tema warna BMW Motorsport
  • Suspensi – H&R coilover kit
  • Brek – Standard
  • Rim & Tayar – BBS CK 20-inci & Toyo Proxes T1R 245/35ZR-20 (depan), 285/35ZR-20 (belakang)
  • Dalaman – Tempat duduk depan Recaro (balut semula), stereng, trim dashboard, trim panel pintu & trim konsul gear karbon fiber, tombol gear, tombol i-Drive & tuas brek tangan M Sport
Previous Post

VTEC-T YO!!!

Next Post

REMY D’BETENG

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved