Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MODIFIKASI TREK HONDA CIVIC EG

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
05/01/2015
in MODIFIKASI, UTAMA

Orang selalu tanya, apa yang best sangat tentang Honda? Ye la, kereta Honda guna enjin NA sahaja, tak ada turbo atau supercharger. Apa yang ada cuma sistem VTEC.

Kalau bandingkan dari segi kuasa enjin, dah tentu kalah dengan Wira Turbo. Apatah lagi dengan ‘raksasa’ macam Mitsubishi Evo atau Subaru Impreza. Kalau dengan Skyline GTR usah cerita la, makan asap.

Lepas tu, aksesori bukannya murah, semua mahal dan diimport. Harga half-cut pun dah macam boleh buat downpayment Mitsubishi Evo. Jadi kenapa masih ramai yang minat Honda?

Baiklah, bagi orang yang pernah ada Honda, mereka semua tahu yang kelebihan Honda bukanlah untuk tujuan perlumbaan drag atau saja-saja nak memecut di lampu isyarat. Tetapi kelebihan Honda terletak di atas litar lumba.

Ya, walaupun kereta Honda mengalami defisit kuasa berbanding jentera berkuasa turbo, namun defisit itu diganti dengan kelebihan pengendalian yang jitu. Kalau tak percaya, cuba anda tengok kereta apa yang sering mendapat podium dalam perlumbaan Saturday Night Fever (SNF) di litar Sepang?

Ini belum saya keluar cerita kereta Civic 2nd Gen kuning milik Halim zaman-zaman SNF di litar Batu Tiga, Shah Alam. Kalau anda otai main kereta, mesti ingat kan?

Kombinasi chasis ringan, enjin yang mampu menderu ke tahap rpm tinggi dan sistem gantungan jenis double wishbone membuatkan chasis Honda Civic dari model EF ke siri EK merupakan chasis yang cukup sempurna untuk dijadikan kereta trek yang baik.

Mohamad Faizal Mahpar yang bermastautin di Batu Pahat, Johor ini menjadikan jentera Civic siri EG sebagai projek modifikasinya. Walaupun tak digunakan untuk tujuan perlumbaan, tetapi kereta ini sudah diubah suai mengikut gaya sebuah jentera trek yang berbisa.

Civic spesifikasi tempatan ini macam biasa, digantikan dulu enjinnya sebab enjin D16 asalnya mana boleh blah. Enjin itu diganti dengan enjin B16A yang diambil daripada half-cut Civic EG6. Jadi, pemasangannya menjadi mudah dan semua barang yang datang dengan half-cut boleh disalin terus tanpa masalah.

Enjin yang disalin itu kemudian diubah suai dengan memasukkan kepala silinder enjin B18C Type-R. Penapis udara pula diganti dengan penapis udara Mugen. Sepasang cam pulley boleh laras jenama Arospeed kemudian dipasang bagi melaras timing camshaft. Intake manifold asal enjin juga dah diganti dengan intake manifold OEM B18C Type-R bersama throttle body.

Tidak sempurna modifikasi enjin VTEC macam ini kalau sistem ekzos tak diusik. Sebab itu Faizal menggantikan manifold ekzos asal enjin dengan manifold 4-2-1 spec JASMA. Ia disambung kepada paip ekzos tengah custom 2.3 inci dan diakhiri dengan peredam bunyi Buddy Club. Bagi menyelaras kawalan enjin, ECU asal enjin dinaik taraf kepada ECU Mugen.

Kuasa enjin disampaikan kepada satu senjata rahsia Honda iaitu kotak gearnya. Di sinilah kekuatan sebenar Honda yang membuatkan jenteranya cukup berbisa di atas litar lumba dan jalan raya. Kotak gear asal EG6 dengan nisbah akhir 4.4 digunakan dan dibantu dengan klac jenis perlumbaan daripada Ogura.

Untuk memantapkan lagi pengendaliannya, Civic ini dilengkapi satu set penyerap hentak boleh laras sepenuhnya daripada GAB SS Series. Sebuah strut bar Integra Type-R dipasang pada bahagian hadapan. Sementara bahagian belakang dilengkapi Beaks subframe tie bar, subframe bar ASR dan sepasang kit camber Hard Race. Jadi anda boleh agak sendiri betapa bagusnya pengendalian Civic ini di selekoh.

Prestasi pengendalian ditingkatan lagi menerusi pilihan tayar dan rim. Tayar yang baik dengan rim yang ringan memang amat membantu untuk mendapatkan tahap pengendalian kereta bertaraf A1.

Faizal memilih set rim Volk Racing TE37V berdiameter 15 inci dan dibalut dengan tayar-tayar Toyo Proxes R1R bersaiz 195/55/15. Brek kereta disalin kepada sistem brek OEM Civic EG6, iaitu cakera sepenuhnya berbanding cakera / gelendong untuk spesifikasi tempatan.

Menyentuh tentang aksesori, Civic EG ini menggunakan aksesori gentian karbon untuk kebanyakan panel badannya. Bukan sahaja cantik, malah panel-panel karbon ni mengurangkan lagi berat kereta.

Panel-panel karbon itu menggantikan bonet depan, fender depan, cermin sisi, bonet belakang dan spoiler belakang. Itu saja rasanya dah dekat 50kg boleh kurang. Bampar belakang pun sudah ditebuk bagi meringankan lagi kereta. Tetapi semuanya saya rasa macam tak berbaloi sebab kereta ini dipasang sunroof original EG6.

Pada bahagian kabin, ia sudah disalin dengan papan pemuka dan set lengkap kemasan dalaman Civic EG6 spesifikasi tahun 1994. Untuk pemandu, tempat duduk dari Bride dipasang yang lengkap dengan tali keledar perlumbaan Takata. Stereng yang digunakan pula ialah daripada Nardi. Di atas papan pemuka, sepasang meter KS dipasang untuk memberi bacaan suhu dan tekanan pelincir.

Walaupun kereta ini mungkin tak akan dapat kejar Evo atau Impreza di jalan lurus, tetapi rasanya di laluan bengkang-bengkok, belum tentu Evo atau Impreza boleh tinggal jauh kereta ni. Sebab itulah Honda Civic generasi pertengahan ini tetap menjadi pilihan kaki petrol yang sejati.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

RESEPI GRAND TOURING – TOYOTA SOARER

Next Post

TOYOTA KE70: KERETA KLASIK POPULAR

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved