Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MODIFIKASI RETRO: VOLVO 245 WAGON TURBO

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
23/07/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Antara kereta wagon yang cukup popular di Amerika Syarikat satu masa dulu pastinya Volvo. Jenama ini memang diyakini dari aspek keselamatannya. Jadi bagi mereka yang berkeluarga, keselamatan ahli keluarga menjadi keutamaan.

Di Malaysia, lain pula ceritanya. Kalau anda membesar sezaman dengan saya, kereta keluarga pilihan rakyat Malaysia ialah van bertingkap (window van).

Ramai antara kawan-kawan saya yang bapa mereka menggunakan van Ford Econovan, Mazda Bongo, Toyota Liteace dan Nissan Vanette. Penjualan kereta wagon sememangnya agak kurang. Walaupun banyak juga pengeluar kereta masa tu menjual kereta wagon ke pasaran Malaysia.

Zaman sekarang? Sudah tentulah rakyat Malaysia menggemari MPV. Jadi, kereta wagon terus tenggelam.

Namun, tidak dapat dinafikan kereta wagon ada peminatnya yang tersendiri. Bukan semua orang perlukan kereta yang mempunyai banyak tempat duduk, tetapi mahukan ruang kargo yang besar. Tidak ada kenderaan yang mempunyai ruang kargo yang lebih besar daripada Volvo 245.

Nak jumpa sebuah di Malaysia sekarang memang susah, apatah lagi kalau dah direstorasi sepenuhnya macam ini. Volvo kebanggaan Rajkumar atau RK ini boleh dikategorikan antara yang terbaik pernah saya jumpa. Ubah suainya masih mengekalkan imej kereta Volvo klasik. Pada masa yang sama diremajakan untuk pemanduan di abad ke-21.

Ubahsuai pertama adalah di bahagian enjin. Volvo 245 ini berkongsi enjin yang sama dengan Volvo 240, iaitu enjin B230F 2.3 liter karburator tunggal yang menghasilkan 114bhp.

Bagi memudahkan kerja naik taraf, enjin B230FT dipilih bagi menggantikan enjin asalnya. Enjin dengan pengecas turbo tekanan rendah ini menghasilkan kuasa 135hp. Memang kedengaran agak rendah, tetapi enjin ini terkenal dengan kuasa tork yang baik dan turbo lag hampir tidak terasa. Ye lah, kalau setakat nak bawa keluarga dan barang, tak perlu enjin berkuasa terlalu tinggi.

Enjin daripada half-cut Volvo 940 tak diusik banyak, kecuali penapis udara diganti dengan penapis udara HKS Super Power Flow dan pam bahan api dinaik taraf kepada pam Walbro.

Kotak gear Volvo 940 disalin sekali kepada badan 245, termasuklah gandar belakang yang saya baru tahu rupa-rupanya ada LSD. Sistem gantungan, bahagian Volvo yang paling lembik diubah suai dengan cara lama. Senang sahaja, penyerap hentak asal diisi minyak dan pegas gegelung dipotong. Secara automatik, kereta direndahkan dan pengendalian kereta terasa lebih baik. Kalau anda pernah pandu Volvo siri 240, tahulah kereta ini rasa macam naik bot, membuai tak ingat!

Penyeri Volvo klasik ini sudah tentu rimnya. Walaupun pemiliknya sendiri tak kenal rim jenama apa, tetapi rim aloi 18 inci gaya two-piece ni memang kena dengan bentuk badan bersegi-segi Volvo. Tayar yang digunakan ialah Nueton bersaiz 235/45/18 di depan dan 255/40/18 di belakang. Brek? Standard 245.

Masalah besar Volvo siri 240 adalah pemilihan bodykit. Agak susah nak cari bodykit yang sesuai dengan kereta yang diibaratkan seperti seketul batu-bata. Nasib baik RK bijak menyesuaikan bodykit. RK mengacukkan bodykit asli Volvo 850 Wagon untuk bahagian bampar depan, skirting sisi dan bampar belakang. Memang nampak menarik. Cat yang dipilih ialah hitam BMW 5 Series.

Di bahagian dalam, sepasang kerusi separa bucket menggantikan kerusi asal. Stereng gaya VIP Mafia Design pula menggantikan stereng asal Volvo. Tempat duduk belakang dibalut dengan kulit gaya sebuah kereta mewah. Meter boost dan turbo timer HKS dipadankan ke dalam ruang kokpit sebagai aksesori wajib sebuah kereta berkuasa turbo.

Saya rasa, kelebihan besar menggunakan kereta wagon seperti ini adalah ubah suai sistem hiburan dalam kereta. Volvo 245 ini dilengkapi pemain utama JVC dan pembesar suara JBL. Sistem amplifier yang digunakan ialah Alpine. Ruang kargo yang besar di belakang diletakkan sebuah subwoofer Ameron di dalam perumah custom.

Sememangnya kereta wagon dari Sweden ini dah memikat hati saya. Ini membuktikan kereta wagon selain daripada Nissan AD Resort wajar diberi perhatian oleh kaki-kaki modifikasi tempatan.

Bukan sahaja nampak cantik, kereta ini jugak boleh dipandu balik kampung. Setakat durian dua tiga bakul, tiada masalah nak angkut!

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MITSUBISHI LANCER EVOLUTION VII

Next Post

RB POWERED MERCEDES-BENZ 190E

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved