Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MITSUBISHI LANCER EVOLUTION VII

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
21/07/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Masih ingat lagi semasa Mitsubishi Evo VII dilancarkan ke pasaran dunia, saya baru sahaja dapat kerja di sebuah majalah.

Ketika itu, Evo VII ialah berita paling besar di Tokyo Motor Show yang menandakan Mitsubishi melancarkan ‘perang’ kepada Subara Impreza Version VII yang dilancarkan lebih awal.

Evo VII unik kerana ia merupakan model pertama Evo yang dihasilkan secara produksi penuh. Bukan lagi keluaran khas homologation untuk melayakkan diri menyertai kejohanan rali dunia.

Mungkin sebab itu Evo ini lebih mirip kereta saloon keluarga, berbanding model Evo sebelumya yang nampak lagi ganas. Jadi, kalau kereta ini tak banyak diubah suai pun, ia sudah cukup menggerunkan orang lain sebab reputasi Evo ini sudah jadi lagenda. Sebut nama dia saja semua orang tabik spring.

Macam Evo ni, sebenarnya tak la banyak sangat ubah suai yang dibuat. Tetapi kalau dah nama Evo, model original pula, susah kami nak tolak.

Percaya atau tak, pemilik Evo VII ini baru berumur 24 tahun. Maknanya masa kereta ini baru dilancarkan, dia baru berusia 12 tahun. Takpa la, saya tak dengki. Rezeki masing-masing.

Enjin Evo ini tak lain tak bukan ialah enjin 4G63 ‘terbalik’ yang mula digunakan untuk Evo IV. Enjin kereta ini boleh dikatakan standard dengan beberapa aksesori jenis “bolt-on” dipasang.

Turbo TD06 asal enjin dikekalkan, tetapi sekarang diganding dengan wastegate jenis external daripada Tial bersaiz 38mm. Pakai external wastegate macam ni memang bagus kalau kita nak main boost tinggi sebab spring injap wastegate lebih keras. Ini akan mengurangkan masalah boost spike yang boleh membunuh enjin. Tekan sedap je sedar-sedar boost dah naik 2 bar, lepas tu enjin senyap seribu bahasa… Rabak poket nak baiki…

Pemilik kereta ini mengekalkan boost pada tahap 1.35 bar. Lebihan gas yang terperangkap di dalam paip intercooler dilepaskan ke udara melalui injap blow-off HKS SSQV. Keempat-empat palam pencucuh diganti dengan palam pencucuh NGK yang membakar minyak petrol yang dibekalkan oleh pam bahan api Walbro 255lph. Radiator Synergy digunakan untuk menggantikan radiator standard.

Walaupun bunyi enjin Evo tidak semerdu bunyi enjin boxer Subaru, sekurang-kurangnya ia jauh lagi best daripada bunyi enjin Kancil standard 660cc dengan ekzos cap ayam. Evo ini menggunakan paip tengah buatan custom berdiameter 3 inci dengan peredam bunyi A’PEXi N1.

Perkara yang paling best pasal Evo ini dah tentu sistem pacuan empat rodanya. Daripada sistem pacuan empat roda mekanikal sepenuhnya pada model Evo terawal, Evo VII menggunakan sistem pacuan empat roda yang amat canggih dan mengikut sistem yang digunakan oleh kereta rali sebenar. Untuk Evo VII ni, klac asal dah digantikan dengan klac Ogura Carbon plat berkembar dengan flywheel yang diringankan.

Kalau siapa yang pernah pandu Evo standard, anda mesti akan kagum dengan kesedapan penyerap hentak asal yang dibekalkan daripada kilang Mitsubishi. Selesa, tetapi masih boleh digunakan untuk layan selekoh dengan laju.

Tapi kalau dah nama kereta buatan Jepun, tak rock la kalau penyerap hentak asal tak diganti. Evo VII ini dipasang dengan set penyerap hentak boleh laras Tein Type-S yang sememangnya cukup sesuai dengannya. Keselesaan mungkin kurang sikit, tapi dari segi pengendalian, kereta Evo ni dah dibawa ke satu tahap yang lebih tinggi.

Mengikut trend modifikasi yang terkini, Evo VII tak ketinggalan menggunakan rim jenis kangkang yang memenuhi fender kereta. Pemiliknya memilih rim Work XT7 dengan diameter 18 inci dan lebar 9.5 inci.

Offset rim ini hanyalah +20. Dicampur dengan lebarnya yang agak ekstrem, rim ini memang nampak ganas. Rim selebar ini memerlukan tayar yang lebar juga, lebih tepat lagi – 265/35

Kelebihan Evo VII berbanding Subaru Impreza Version VII adalah pada bahagian breknya. Sebenarnya, Evo jauh lebih maju berbanding Subaru yang hanya menggunakan brek buatan Brembo pada model Version VIII. Evo VII ini mengekalkan brek Brembo asal, tetapi pelapik brek semua diganti dengan pelapik brek Dixcel yang mampu menampung suhu setinggi 600°c tanpa masalah.

Dari segi rupa, kereta Evo VII ni masih lagi nampak macam Evo VII biasa. Tapi kalau tengok dengan lebih dekat, anda akan perasan bonet depan dan belakang sudah diganti dengan aksesori karbon daripada Voltex.

Pada bahagian dalam pula, tempat duduk Recaro asal diganti dengan tempat duduk Bride Low Max original. Papan pemukanya penuh dengan meter-meter Defi yang memberi bacaan boost, suhu ekzos, tekanan pelincir dan suhu pelincir.

Sekarang Evo dah sampai ke angka 10. Namun sampai sekarang saya tak nampak bayang pengganti kereta ini. Adakah Evo akan mati macam Nissan Silvia? Saya harap tidak. Walaupun saya hormati usaha Mitsubishi untuk menghasilkan kereta elektrik, tapi jangan la nak bunuh jenama Evo ni…

Previous Post

MAZDA RX8 ENJIN RENESIS

Next Post

MODIFIKASI RETRO: VOLVO 245 WAGON TURBO

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved