Hyundai Grand Starex dengan 11 tempat duduk dan paling luas premium ini laris terjual dengan hanya beberapa unit sahaja lagi yang masih tinggal. Didatangkan dengan bodykit lebih sporty dan juga eksterior baharu berwarna Moonlight, menjadikan ia sangat popular dalam kalangan peminat MPV. Antara ciri-ciri lain yang turut dikemaskini termasuk Crystal Tail Rear Lamps dan a Rear Spoiler dengan High-Mounted Stop Lamp.
Menurut Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors, En. Low Yuan Lung berkata bahawa Grand Starex ini menjadi pilihan yang paling popular khususnya untuk perniagaan dan juga famili yang besar ekoran fungsi dan sangat praktikal. Tidak hairanlah, Grand Starex menjadi salah satu model paling laris selepas Kona dan Elantra kerana saiz, prestasi dan juga harganya yang berpatutan. Hanya tinggal beberapa unit, sesiapa yang berminat kena menempah dengan cepat!
Ditawarkan dalam dua varian; Grand Starex Executive Plus dan Grand Starex Executive Plus dengan Telematics – MPV premium yang luas yang memberikan prestasi cemerlang khususnya dari sudut ekonomi bahan api dengan enjin diesel 2.5 CRDi VGT yang disepadankan dengan transmisi automatik 5-kelajuan dan Shiftronic.
Antara ciri-ciri premium Starex ini termasuk tempat duduk yang boleh dipusingkan di barisan kedua, menampilkan ciri-ciri keselamatan, pemapar monitor dan macam-macam lagi. Dengan tambahan sebanyak RM2,000, Grand Starex Plus dengan Telematics didatangkan dengan sistem telematiks untuk pemanduan terkini dan keselamatan penumpang. Selain itu, servis concierge turut disertakan dengan Telematiks Grand Starex baharu.
Berminat? Boleh mula menempah di Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. Level 4, Block 3, Sime Darby Motors City T atau hubungi 03 – 7627 0860 atau layari.