Suzuki telah mendedahkan Jimny 5-pintu dan secara teknikalnya, ia datang dari Maruti Suzuki di New Delhi yang membuat penampilan pertamanya ketika berlangsungnya Auto Expo India 2023. Ia masih lagi dikenali sebagai off-roader tetapi kini tampil lebih besar untuk memuatkan pintu belakang sebagai akses kepada ruang interior kabin yang lebih luas.
Sementara itu, versi kei car Jimny 3-pintu yang dijual di Jepun berukuran 133.7 inci panjang, model global pula dipanjangkan sehingga 143.5 inci. Model 5-pintu terbaharu ini pula berukuran 157 inci dengan wheelbase 102 inci, menjadikan ia berukuran 13.3 inci lebih panjang berbanding varian 3-pintu. Maruti Suzuki berkata, kenderaan ini berukuran 54.8 inci lebar dan 67.7 inci tinggi dengan kedua-dua ukuran ini berpadanan dengan Jimny 3-pintu versi antarabangsa.
Ia mengekalkan gaya ‘kotak’ dan dipasangkan dengan bumbung hitam, kontras dengan warna utamanya iaitu Kinetic Yellow. Selain itu, ciri-ciri lain turut dikekalkan termasuk arch rim, lampu utama yang bulat, grille hadapan serta tayar off-road yang diwarisi dari model 3-pintu. Dilengkapi dengan rim 15-inci dengan getah 195/80 dan tayar ganti diletakkan di bahagian belakang dengan penutup berwarna hitam.
Begitu juga dengan interior yang diwarisi dari Jimny standard, dari pemegang di pintu penumpang dan juga bolt faux. Model Indian-spec didatangkan dengan bench belakang yang boleh memuatkan sehingga tiga penumpang. Dengan tempat duduk belakang, kargo kini mempunyai kapasiti seluas 7.3 kubik yang boleh diluaskan sehingga 332 liter bersamaan 11.7 kubik selepas tempat duduk tadi dilipat.
Ciri-ciri lain termasuk infotainment 9-inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay wireless, kamera pandang belakang dan sistem audio Arkamys. Bagi sudut keselematan pula, Jimny 5-pintu ini dilengkapi pembantu yang bijak, selain enam beg udara dan EBD (electronic brakeforce distribution).
Dikuasakan enjin gasoline 1.5 liter mild-hybrid yang menghasilkan 105 hp pada 6,000 rpm dan 134 Nm (99 lb-ft) pada 4,400 rpm yang menghantar semua kuasa ke sistem FWD. Pilihan kotak gear termasuk manual dengan 5-kelajuan dan tork automatik 4-kelajuan. Pemilik Suzuki Jimny 5-Door boleh memilih dari mode 2WD-high, 4WD-high dan 4WD-low. Selepas pasaran India, Jimny 5-pintu ini akan hadir ke beberapa negara lain termasuk Afrika, Australia dan Amerika Latin. Bagaimana dengan Malaysia?