Awal tahun ini, seorang pereka automotif iaitu Enoch Gonzales telah menggambarkan Mitsubishi Lancer jika dihasilkan pada saman sekarang. Kini, beliau sekali lagi menumpukan seluruh perhatiannya terhadap Lancer varian Evolution tahun 2023.
Bentuk keseluruhannya masih lagi sama seperti entry-level Lancer tahun 2023 versi Enoch, Evo ini mengambil beberapa kelebihan dari modifikasi yang dilakukan. Perubahan ini bermula dari bahagian hadapan di mana lampu utama LED telah direka semula dan tampil lebih agresif.
Selain itu, iq turut menampilkan set lampu fog rali bulat dan grill hitam yang lebar. Bahagian depannya juga dilengkapi dengan pengambilan udara yang besar, splitter diikuti hud tebal dengan pengekstrak udara untuk memastikan enjin sentiasa berada dalam keadaan baik dan sejuk.
Beralih ke bahagian sisi kereta, Enoch menggambarkan Lancer Evolution 2021 ini didatangkan dengan set rim matte black BBS. Sedan ini turut dilengkapi lohong pengudaraan di belakang roda, skirt sisi yang dilebarkan dan pintu belakang dengan bentuk kompleks. Menariknya, bahagian ini mengingatkan kita kepada Honda Civic Type R yang baharu.
Tema agresif ini diteruskan sehingga ke bahagian sayap belakang dan lampu LED dengan bar lampu yang diletakkan di tengah-tengahnya. Mungkin ramai mengharapkan Lance Evolution kembali dihidupkan tapi Mitsubishi belum lagi mempunyai sebarang perancangan untuk melakukan yang sama.
Sumber : Carscoops