MITSUBISHI LANCER EVO IX THE REVOLUTION 9!
Tak best main kereta modified kalau tak ada cerita pasal Evo kan?. Bukan Evo jadian tapi Evo original dan kali ini kita cerita pasal Evo IX yang dimiliki oleh Zulhelmi ni. Evo IX ni memang sebuah model yang spesial sebab ia merupakan Evo terakhir yang menggunakan casis CT9A yang mula diperkenalkan pada Evo VII. Selepas Evo IX barulah Mitsubishi perkenalkan casis baru yang kemudiannya melahirkan model terakhir Evo iaitu Evo X.
Mitsubishi Lancer Evo IX milik Zulhelmi ini telah diberi modifikasi yang agak menyeluruh menjadikannya jauh lebih berkuasa dari asal. Ia merupakan model keluaran tahun 2006 dan menggunakan enjin lejen 4G63T. Enjin ini kemudian dipertingkatkan lagi kepada 2.3L menggunakan set Tomei Stroker Kit.
Modifikasi enjin Evo ini memang agak ekstensif kerana sebahagian besar komponen dalaman turut ditukar ganti seperti penggunaan camshaft Cosworth 272.
Sistem pendesak telah ditukar kepada turbo bersaiz lebih besar GT3582R dan disepadukan dengan intercooler Blitz, blow-off valve Sheepdog dan wastegate Trust. Memang confirm kuat bersin kereta ni bila tukaran gear dilakukan.
Intake manifold pula ditukar kepada keluaran Arms manakala throttle body Bremoo menjadi pilihan pemilik.
Sistem bahan api kini diperbaharui dengan pam minyak Walbro 400lph, fuel rail HKS dan injector SARD 850cc. Jimat minyak tak Evo ni bang? Memang jimat sangat dik kalau banding dengan Boeing 747. Ni bukan kompak EEV okey.
Evo ini menggunakan ECU jenis piggyback HKS FCON 3.25 untuk talaan sistem bahan api dan sistem pencucuhan yang lebih baik. Kabel plug NGK digunakan bagi menggantikan kabel plug asal.
Kuasa masih disalurkan ke roda dengan kotak gear asal tetapi klac telah ditukar kepada klac ATC plat berganda.
Keluaran gas ekzos dan efek bunyi sewaktu memecut disumbangkan oleh set ekzos lengkap Trust PeTir 3.0”. Bukan ekzos kaleng-kaleng nib oh.
Tein Type Flex dengan EDFC menjadi pilihan naiktaraf sistem gantungan dan dilengkapkan pula dengan strut bar Cusco depan dan belakang untuk lebih kestabilan.
Dengan semua naiktaraf kuasa semestinya Evo ini memerlukan kuasa henti yang lebih baik. Rotor Project U dan angkup Endless ditampilkan untuk membantu menghentikan Evo ini bila diperlukan. Keseluruhan sistem brek ini kemudian disepadukan dengan rim-rim CE28N bersaiz 18 inci yang menyerlahkan lagi kegagahan Evo ini.
Luaran Evo ini dihiasi dengan bodykit lengkap APR yang mengubah penampilannya menjadi lebih ganas manakala bahagian dalaman dilengkapi dengan aksesori Ralliart selain meter-meter tambahan dan aksesori yang seharusnya ada pada sebuah jentera berkuasa turbo.
SPESIFIKASI
- Pemilik – Zulhelmi
- Pengeluar – Mitsubishi
- Model – Lancer Evolution IX
- Tahun – 2006
- Enjin asal – 4G63T
- Modifikasi Enjin – Stroker kit Tomei (enjin 2.3L), camshaft Cosworth 272, wastegate Trust 48mm, blow off valve Sheepdog, Throttle body Bremoo, pam bahan api Walbro 400lph, injector SARD 850cc, fuel rail HKS, regulator Apexi dan HKS FCON 3.25.
- Transmisi – Kotak gear standard Evo TME dan klac twin plate ATS.
- Ekzos – Set ekzos lengkap Trust PeTir 3.0”.
- Luaran – Kit badan lengkap APR yang merangkumi APR Front bumper, APR CF front bumper diffuser CF, APR front bumper cannard CF, APR side skirt, APR rear fender arch widebody, APR rear bumper, APR GT Wing CF dan Ralliart mickey mouse side mirror.
- Suspensi – Tein Type Flex dengan EDFC, strut bar Cusco depan belakang
- Brek – Angkup Endless dan rotor Project U2
- Rim & Tayar – CE28N 18-inci
- Dalaman – Ralliart meter cluster, Ralliart gear knob, Ralliart centre console CF, Ralliart double din panel CF, 6pcs Defi (boost, ot, wt, op, exh temp, fuel press), Carbing meter holder – CF, Grams AFR meter, Greddy boost controller, HKS timer, Pivot speed meter, Recaro seats, Kenwood touch screen dan Kenwood audio system (woofer & speaker).