Jam Tangan Bell & Ross Untuk Penyelam
Hujung minggu ini pasti ramai yang ambil peluang untuk bercuti-cuti Malaysia. Sementara wabak covid-19 masih lagi menghantui seluruh dunia, lebih elok bercuti dalam negara sahaja. Destinasi percutian di Malaysia pun tidak kurang hebatnya. Kalau suka kawasan sejuk dan tinggi, di Malaysia ada pusat pelancongan yang sesuai untuk anda seperti Cameron Highlands, Fraser’s Hill dan juga Genting Highlands.
Kalau suka kawasan pantai dan suka aktiviti mencabar di dasar laut seperti scuba diving, anda tentu mahu pergi meluangkan masa di Langkawi, Pulau Perhentian dan banyak lagi. Bercakap tentang scuba diving, anda tentu pernah mendengar jam tangan Bell & Ross, jenama yang pernah mengeluarkan jam tangan menyelam segi-empat pada tahun 2017. Jam keluaran Bell & Ross ini berfungsi penuh walaupun di dalam air!
Terbaharu, Bell & Ross telah memperkenalkan jam tangan baharu edisi terhad, BR 03-92 Diver Blue Bronze dan BR 03-92 Diver Full Lum. Kalau anda sedang sibuk berkonvoi dan berhenti pula di kawasan sungai, tak perlu berfikir panjang atau nak buka jam tangan dan letak di tempat yang selamat. Terjun tiruk terus pun tak jadi masalah kerana jam tangan ini memenuhi syarat yang ditentukan standard antarabangsa ISO 6425.
Apa itu standard antarabangsa ISO 6425? Ia merangkumi ketahanan air hingga kedalaman minimum 100 meter, petunjuk operasi, penanda cahaya, bezel berputar searah dengan skala minit graduated, mampu dibaca dalam gelap, anti-magnetik dan juga perlindungan anti-kejutan. Harganya agak mahal iaitu RM18,500 dan RM19,900. Hanya ada 999 unit di pasaran. Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan jam tangan untuk penyelam sebelum habis disambar orang lain!