Setelah beberapa pengeluar kereta mengumumkan pengurangan harga jualan ekoran pengumuman kerajaan ke atas pengecualian cukai jualan kenderaan, giliran Volkswagen pula mengumumkan pengurangan harga jualan sehingga RM9,484. Bertujuan untuk merancakkan semula ekonomi negara selepas PKP tempoh hari, harga baharu ini akan berkuatkuasa bermula dari 15 Jun sehingga 31 Disember 2020.
Sebagaimana yang diketahui umum, beberapa model keluaran Volkswagen yang dijual di pasaran tempatan dipasang di Malaysia. Antara model-model tersebut termasuk Passat, Tiguan, Vento dan Polo yang mana kesemuanya menerima potongan cukai jualan penuh. Para pembeli dapat berjimat sehingga RM3,881 untuk Tiguan, RM6,133 untuk Passat dan RM4,884 untuk Golf R-Line.
Berikut, senarai penuh harga baharu selepas pengecualian cukai jualan kenderaan;
Menurut Pengarah Urusan Volkswagen Passengers Car Malaysia, Encik Erik Winter berkata pihaknya menyambut baik usaha kerajaan mengecualikan cukai jualan dan memberikan peluang kepada para pembeli. VPCM sentiasa berusaha dalam memastikan kereta yang dibina dengan kejuruteraan Jerman ini boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia. Selain membantu para pembeli berjimat, ia juga menjadi pendorong untuk sektor automotif yang sebelum ini berehat sepanjang tempoh PKP.
Di samping pengurangan harga, para pembeli juga berpeluang menikmati promosi dan servis ditawarkan Volkswagen seperti ansuran percuma selama 6 bulan untuk setiap unit Tiguan yang didaftarkan pada 30 Jun, rebat atas talian eksklusif di eShowroom dan servis penghantaran percuma. Semua model Volkswagen didatangkan dengan yuran penyenggaraan percuma selama 3 tahun, waranti pengeluar selama 5 tahun dan bantuan jalan selama 5 tahun.
* Untuk maklumat lanjut, kunjungi para pengedar Volkswagen berhampiran anda atau layari www.volkswagen.com.my.