MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM) yang merupakan pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia baru-baru ini telah mengemaskini aplikasi MITSUBISHI CONNECT MY. Ia adalah salah satu usaha syarikat bagi mengukuhkan lagi teknologi digital yang ditawarkan kepada pelanggan secara atas talian sebagai salah satu strategi keselamatan dan memudahkan pelanggan sepanjang pandemik ini.
Aplikasi ini membolehkan para pelanggan menempah janji temu untuk servis kereta, menerima peringatan untuk janji temu servis dan juga menyemak sejarah servis yang telah dilakukan. Kini, aplikasi ini juga membolehkan pelanggan meninggalkan kereta di pusat servis dan menunggu di rumah dan aplikasi ini akan memberi notifikasi status kenderaan sekiranya telah sedia untuk diambil semula.
Menyimpan dan mengetahui tentang kos servis serta maklumat tentang waranti adakalanya menyukarkan; jadi, salah satu fungsi yang terdapat pada aplikasi ini adalah untuk memastikan pelanggan mengetahui tentang anggaran kos servis yang akan datang dan maklumat waranti agar mudah untuk pelanggan merancang terlebih dahulu. Sebagai tambahan, peringatan untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan turut diberi notifikasi menerui aplikasi ini.
Sekiranya berlaku kemalangan, pelanggan atau pemilik Mitsubishi boleh memohon servis bantuan dengan menggunakan SOS Trace & Track. Hanya tekan ‘SOS’ pada aplikasi, lokasi pengguna akan dikenalpasti dengan tepat menggunakan pengesan GPS dan segala maklumat terperinci akan disahkan oleh khidmat pelanggan dari Mitsubishi Motors untuk menghantar bantuan dengan segera.
Aplikasi ini boleh ditemui dengan menaip nama MITSUBISHI CONNECT MY dan muat naik menerusi Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.